Categories: Berita Lain

Era Dr Mahathir, Anwar bermulanya ‘tiada pertandingan’

Sebahagian wakil menyerahkan borang pencalonan pemilihan pucuk pimpinan UMNO di kaunter penyerahan borang pencalonan pemilihan pucuk pimpinan parti UMNO, Menara Dato’ Onn. FOTO Mohd Yusni Ariffin



PEMILIHAN pucuk pimpinan UMNO 30 Jun ini disifatkan paling meriah seperti pesta besar keluarga UMNO demi masa depan politik Melayu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pertandingan tujuh penjuru untuk jawatan Presiden, Timbalan (3), Naib (8) dan 124 lagi bertanding Ahli Majlis Tertinggi (MT) dilihat sebagai suatu pembaharuan besar.


“Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah) seperti ayah, Dato Zahid (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) abang sulung, Khairy Jamaluddin adik bongsu. Semua disayangi. Masing-masing membawa misi yang sama. Menyelamatkan keluarga yang terancam.


“Ayah ada kebijaksanaan. Abang Long menganggap ini tanggungjawabnya mengganti nakhoda menyelamatkan kapal yang hampir tenggelam. Bagi adik bongsu yang gagah perkasa, dialah penggalang tubuh menangkis apa jua bahaya mendatang.


“Kalau semua memandang positif dan tiada siapa mengeluarkan kata kesat atau saling menyindir lawannya, pertandingan ini adalah suatu pembaharuan besar,” katanya dipetik menerusi Facebooknya, Shabery Cheek hari ini.


Menurut beliau, inilah semangat keluarga besar UMNO walaupun ramai yang berkata sepatutnya mereka bertiga duduk bersama, bincang apa yang sebaiknya. Di saat kapal yang hampir karam, berebut nakhoda bukan penyelesaian.


“Namun ramai pula yang berkata, UMNO sudah lama dilanda sindrom alergi kepada pertandingan. Tradisi bermula zaman Mahathir-Anwar. Tiada pertandingan tiada jaminan UMNO tak berpecah.


“Mahathir-Anwar pecah, Mahathir-Ghafar pecah, Najib -Muhyudin pecah dan paling akhir, resolusi tiada tandingan Najib-Zahid pun antara penyebab UMNO ditolak,” luah bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu lagi.


Ahmad Shabery yang juga bekas Ahli Parlimen Kemaman berkata, orang melihat setiap kali resolusi atau peraturan menghalang pertandingan lebih kepada membina pagar melindungi mereka yang berada di atas.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Yang di atas tak boleh ditandingi. Susulannya tak boleh ditegur, tak boleh dikritik, jangan disoal. Ketaatan yang tak berbelah bagi kepada nombor satu adalah disiplin mutlak UMNO dan menjadi doktrin sejak zaman Mahathir lagi.


“Kalau tidak, masakan Anwar dipecat, Zahid dipenjara atau Ku Li dinyahkan.


“Masih teringat, dulu pesanan awal pengerusi tetap di setiap peringkat sebelum persidangan bermula, ‘Kepada semua calon-calon yang bertanding, kita mengucapkan berbanyak terima kasih kerana menawarkan diri. Niat untuk berkhidmat adalah satu kemuliaan dalam UMNO’,” katanya lagi.


Sehubungan itu, beliau berharap pertandingan tahun ini akan menjadi permulaan semula satu tradisi kemuliaan yang sekian lama terhapus.


-mymetro

Advertisement

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago