Categories: Berita Lain

‘Sampai bila nak hantar jenazah guna lori?’

JENAZAH terpaksa dihantar ke tanah perkuburan menggunakan lori kayu berikutan tiada van jenazah di Rancangan Tanah Felda Perasu. FOTO Ramli Ibrahim



PENEROKA Rancangan Tanah Felda Perasu, Gua Musang, menghadapi kesulitan menghantar jenazah ke tanah perkuburan setiap kali berlaku kematian kerana tidak mempunyai van jenazah.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Keluarga terbabit hanya meminta ihsan penduduk yang mempunyai lori untuk membantu menghantar jenazah ke tanah perkuburan terletak di rancangan tanah berkenaan.


Sehubungan itu, peneroka, Mohd Zain Hassan, 61, merayu individu berkemampuan atau agensi kerajaan supaya dapat menyumbangkan van jenazah untuk rancangan tanah itu.


Mohd Zain mengakui keadaan akan bertambah sulit untuk menghantar jenazah ke tanah perkuburan apabila hujan menyebabkan keranda jenazah basah.


Katanya, kebanyakan rancangan tanah lain sudah ada van jenazah atas sumbangan pelbagai pihak, tetapi Felda Perasu masih belum mempunyai walau satu van.


“Kami peneroka Felda Perasu rasa sedih juga kerana setiap kali ada kematian, terpaksa meminjam lori kayu milik peneroka untuk hantar jenazah ke tanah perkuburan,” katanya.


Ismail Ibrahim, 59, pula berkata, jenazah menantunya yang meninggal dunia baru-baru ini juga terpaksa dihantar ke tanah perkuburan menggunakan lori ihsan peneroka.


Dia berkata, tak dapat dibayangkan sampai bila peneroka rancangan tanah itu terpaksa berdepan dengan masalah berkenaan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Kini sudah 30 tahun rancangan tanah terbabit dibuka, namun van jenazah yang menjadi keperluan peneroka belum disediakan.


“Sebenarnya perkara itu boleh diselesai pihak pengurusan tertinggi Felda kerana agensi itu adalah yang terbesar di negara ini, tetapi malangnya tidak mengambil berat soal perkara itu,” katanya.


-mymetro

Advertisement

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago