Categories: Berita Lain

Umno perlu jadi pembangkang yang bijak



SHAH ALAM – Umno perlu menjadi pembangkang yang baik serta berilmiah dan bukannya menghidupkan amalan maki hamun terhadap kerajaan memerintah.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Calon Exco Pemuda Umno, Mohamad Fadly Mohd Zain, 32, berkata, pelbagai inisiatif dan saluran boleh diberi asalkan jangan ada sikap untuk memperlekeh kerajaan memerintah.


“Sekiranya mereka ada buat silap mohon teguran secara ilmiah dan mendalam . Tidak perlu memaki hamun dan tunjukkan kita pembangkang yang baik serta berilmiah,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.


Mohamad Fadly merupakan Ahli Jawatankuasa Biro Profesional Muda Pergerakan Pemuda Umno di bawah pimpinan Shahril Hamdan yang merupakan calon Ketua Pemuda Umno.


Beliau yang merupakan seorang jurutera itu juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Biro Profesional Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tasek Gelugor, Ketua Penerangan Gerakan Belia 4B Bahagian Tasek Gelugor dan Pengerusi Lajnah Media Barisan Pemuda Islam Malaysia (BPIM).


Mengulas kesediaannya bertanding Exco Pemuda Umno, beliau berkata, setiap Exco perlu mempunyai visi dan misi yang utuh kerana parti itu kini dalam proses pemulihan.


“Bila dalam proses pemulihan ini kita umpama sudah retak seribu dan kita nak cantumkan semula. Bagi saya, saya sudah ada visi dan misi saya,” katanya.


Mohamad Fadly berkata, beliau mempunyai 10 misi yang boleh mengembalikan Umno sebagai parti yang boleh diterima semula selepas kekalahan dalam PRU14 lalu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Beliau berkata visi itu adalah menambah bilangan ahli pemuda, pencarian dana, ilmu, kepetahan bercakap, rendah diri, menerima kritikan secara terbuka, tidak memilih bulu, keberanian membuat keputusan dan tidak bersikap antagonis.


“Yang kesepuluh adalah menolak gaya mewah dan kembali kepada prinsip ukhuwah dan nubuwah.


“Jika anda mampu berfikir umpama begini maka ini adalah gaya yang saya akan bawa dalam membantu Pemuda Umno,” katanya.


-sinar harian

Advertisement

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

9 hours ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

1 day ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

2 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

2 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

2 days ago

Walaupun si suami pernah berkahwin 28 kali, isteri tua tetap setia disisi

JAKARTA -Isteri seorang ahli perniagaan di Indonesia membenarkan suaminya berkahwin lain selepas lelaki itu pernah… Read More

2 days ago