Categories: Berita Lain

Menteri: RM1b Sudah Jumpa, Jangan Tangguh Hukuman Berat


JOHOR BARU, 28 Jun ― Proses siasatan terhadap nilai barangan
yang dirampas dari kediaman yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri Datuk
Seri Najib Razak yang kini dianggarkan bernilai RM1.1 bilion perlu disusuli
dengan tindakan undang-undang dalam tempoh terdekat.
Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata
tindakan undang-undang itu boleh dilakukan oleh Pasukan Petugas Siasatan (Task
Force) yang telah dibentuk Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membawa
pihak berkenaan ke muka pengadilan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Apapun yang berlaku seterusnya, tindakan undang-undang
perlu diambil dan ia tidak perlu mengambil masa yang terlalu lama kerana
Perdana Menteri telah pun menubuhkan Task Force bagi menyelesaikan isu
berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd
(SRC).
“Tindakan undang-undang yang sesuai perlu diambil bagi
memastikan pihak-pihak yang terbabit dapat dibawa ke muka pengadilan, dihakimi
dan dihukum seberat-beratnya,” katanya kepada pemberita selepas melawat
Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di
sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah
Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh mengenai jumlah
keseluruhan nilai barangan yang dirampas bernilai antara RM900 juta hingga
RM1.1 bilion.
Pengiraan dan penilaian rampasan dilakukan sejak 21 Mei
hingga 25 Jun lalu oleh 150 pegawai dan anggota selain bantuan pakar dan polis
dengan mengambil masa 36 hari.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pada 16 dan 17 Mei lalu, JSJK Bukit Aman menjalankan
beberapa serbuan berkaitan 1MDB di dua premis di Putrajaya, empat di Kuala
Lumpur dan tiga di Pavilion Residences serta di kediaman Najib di Langgak Duta,
Taman Duta yang disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.
Muhyiddin dalam pada itu, menyifatkan nilai rampasan
berkenaan sangat luar biasa yang belum pernah berlaku dalam sejarah negara.
“Luar biasa. Ada orang kata perkara yang berlaku ini sama
dengan sejarah di negara Filipina dulu di bawah Ferdinand Marcos dan Imelda
Marcos.
“Bila saya baca reaksi orang ramai dan rakyat bahawa mereka
macam tidak percaya jumlah amaun sebesar itu dapat dikumpul dan dirampas dalam
serbuan dilakukan pihak polis yang ada hubung kait dengan isu 1MDB, jadi ini
peluang untuk rakyat menilai.
“Mungkin pada permulaan ramai tidak percaya, tetapi kini
rakyat boleh tengok dengan mata mereka sendiri hasil atau pencurian bentuk
barangan yang pelbagai yang belum pernah ada dalam sejarah negara,” katanya.
Muhyiddin juga menyifatkan perkara tersebut amat memalukan.
― Bernama

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

41 mins ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

19 hours ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

6 days ago