Categories: Berita Lain

Astaghfirullah…

AHLI keluarga mangsa sebak mencium jenazah Adam Rayqal selepas ditemui mati di rumah pengasuhnya sejurus tiba di kediamannya Kampung Chendering. FOTO Ghazali Kori



“ANAK beritahu dia nampak pengasuh goncang badan dan ketuk kepala bayi itu kerana asyik menangis. Beberapa minit kemudian, bayi itu terus senyap,” kata Zian Hafiz Ahamad Zawati, 36, bapa kepada kanak-kanak yang turut berada di bawah jagaan pengasuh yang menjaga Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif, lima bulan.


Dalam kejadian kira-kira 11 malam kelmarin, mayat Adam Rayqal ditemui diletakkan di dalam beg kitar semula di bahagian sejuk beku di dalam peti sejuk rumah pengasuh berusia 33 tahun berkenaan di Jalan Nakhoda Kiri, Batu Caves.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Menurut Zian, kedua-dua anaknya, Ahmad Hayyan Putra, 5, dan Nur Imanina Arisa Putri, 3, dihantar ke rumah pengasuh terbabit sejak dua minggu lalu.


Katanya, ketika isterinya, Norita Abdul Wahab, 40, menjemput anak mereka pada 6.30 petang, pada hari kejadian, pengasuh itu tidak nampak gelisah atau bingung.


“Apabila saya pulang ke rumah kira-kira 10 malam pada hari kejadian, isteri memaklumkan dia terlihat status di Facebook mengenai kehilangan bayi berkenaan sebelum dikejutkan dengan berita kematiannya pada pagi semalam.


“Sebaik bangun dari tidur kira-kira 9 pagi semalam, saya bertanya kepada anak sulung sekiranya dia ada melihat sesuatu yang berlaku ketika berada di rumah pengasuh itu.


“Hayyan memaklumkan dia melihat pengasuh berkenaan menggoncang badan dan mengetuk kepala bayi itu kerana dia (Adam) asyik menangis sejak pagi lagi sebelum tiba-tiba senyap,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.


Zian berkata, isterinya mengenali pengasuh itu melalui Facebook dan bersetuju menggunakan khidmat wanita berkenaan dengan upah RM650 sebulan untuk menjaga kedua-dua anaknya.


“Sepanjang tempoh itu, anak-anak tidak pernah mengadu apa-apa mengenai pengadu. Malah, Hayyan memaklumkan wanita itu kerap memberi mereka makan nasi ayam sehingga saya perasan ada peningkatan pada berat badan anak-anak.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Apabila perkara ini terjadi, saya amat terkejut dan takut pada masa sama kerana kejadian itu boleh terjadi kepada anak-anak saya,” katanya yang menetap di Bandar Baru Selayang, Gombak, Selangor.


Katanya, kejadian yang menimpa Adam Rayqal menimbulkan rasa bimbang untuk menghantar anak mereka kepada pengasuh.


“Hayyan pernah didera oleh pengasuh sebelum ini menyebabkan saya bimbang untuk menghantar anak-anak kepada pengasuh, namun tiada apa boleh dilakukan memandangkan saya dan isteri bekerja.


“Buat masa ini, kedua-dua anak saya dijaga bergilir-gilir oleh saya dan isteri sementara menunggu mendapat pengganti pengasuh baru,” katanya yang bekerja sebagai pembantu pengurus di sebuah kelab golf.

Advertisement

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

7 hours ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

1 day ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

3 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

3 days ago

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

5 days ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

7 days ago