Categories: Berita Lain

Pisau ‘terbang’ dari atas

BEBERAPA kereta penghuni yang diparkir di bawah blok rosak selepas dibaling cat. Gambar kanan, pisau dan parang dibaling dari atas yang tertera nama penghuni dan unit didiami. FOTO NSTP



Petaling Jaya: “Bukan setakat cat dibungkus di dalam beg plastik dan botol kaca, malah pisau serta parang yang dibaling pelaku itu pernah ‘terbang’.


“Keadaan ini membimbangkan penduduk dan sejak seminggu lalu perkara sama berlaku hampir setiap hari.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Akibatnya 10 kenderaan milik penduduk diparkir di kaki lima bangunan ini mengalami kerosakan. Jika objek dibaling mengenai penduduk pasti ada yang maut,” kata Mohamad Fuad Jam Jam, 66.


Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Kebajikan Penduduk Blok B, Flat Taman Medan Cahaya di sini, melahirkan rasa bimbang kerana kes baling objek yang dipercayai dilakukan seorang lelaki dari tingkat 13 di flat yang terletak bersebelahan sejak 1 Julai lalu masih berlarutan.


Hasil siasatan dilakukan, Mohamad Fuad dan penduduk mendapati bungkusan cat dan objek keras berkenaan dibaling pelaku dari Flat Taman Medan Jaya yang terletak bertentangan blok dihuni mereka.


Menurutnya, kejadian itu hanya berlaku di blok yang dihuninya saja dan pelaku membaling pelbagai objek keras hingga merosakkan kenderaan serta membahayakan nyawa penduduk.


“Pada mulanya pelaku berkenaan hanya campak bungkusan cat. Namun selepas beberapa kali melakukan perkara itu, dia semakin melampau apabila mencampakkan botol kaca, pisau dan parang.


“Malah kejadian itu semakin kerap berlaku tanpa mengira waktu siang atau malam dan hari ini (semalam), empat kali kes ini berlaku termasuk kes baling parang,” katanya ketika ditemui, semalam.


Mohammad Fuad berkata, pihaknya turut menemui parang dan pisau yang dicampakkan pelaku terbabit tertera perkataan ‘bunuh’, nama individu serta nombor rumah.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Pada pisau dan parang itu tertera nama ‘Budin’ manakala nombor unit kediaman pula di tingkat enam Blok C, Flat Taman Medan Jaya.


“Kami turut meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati pelaku membaling objek dari laluan tangga tingkat 13 blok C flat berkenaan.


“Selain itu, ada saksi nampak pelaku berkenaan iaitu lelaki berbadan gempal yang memakai cermin mata. Bagaimanapun, kami serahkan perkara ini kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut,” katanya.


Mangsa perbuatan individu tidak bertanggungjawab itu, Norhayati Mohammad, 30, mendakwa dia kerugian lebih RM2,000 apabila kereta Proton Wira miliknya terkena cat yang dibaling pelaku terbabit.


Norhayati berkata, perkara itu disedari jam 6 petang, 1 Julai lalu dan difahamkan ada beberapa lagi pemilik kenderaan lain yang menjadi mangsa.


Katanya, hasil perkongsian maklumat bersama mangsa lain, kerosakan dialami pada kenderaan masing-masing membabitkan cermin pecah, bumbung kemek dan kereta dicemari cat.


Susulan kejadian itu, Norhayati membuat laporan di Balai Polis Sungai Way pada 3 Julai lalu dan setakat ini, dia dimaklumkan empat lagi mangsa sudah tampil berbuat demikian termasuk aduan kepada pengurusan bangunan.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan siasatan lanjut giat dijalankan bagi mengesan suspek.

Advertisement

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

21 hours ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

2 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

2 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

3 days ago

Walaupun si suami pernah berkahwin 28 kali, isteri tua tetap setia disisi

JAKARTA -Isteri seorang ahli perniagaan di Indonesia membenarkan suaminya berkahwin lain selepas lelaki itu pernah… Read More

3 days ago