Categories: Berita Lain

‘Selamat berlatih jadi pembangkang’

Ketua pembangkang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengadakan sidang media selepas keluar dari Dewan Rakyat. Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM



KUALA LUMPUR – Tindakan pembangkang keluar dewan pada mesyuarat pertama Parlimen ke-14 hari ini bagi membantah pelantikan Speaker Dewan Rakyat mendapat pelbagai kritikan.


Ahli Parlimen Temerloh, Anuar Tahir berkata, pemilihan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof tidak sepatutnya dijadikan isu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Katanya, apa yang dilakukan pembangkang itu hanya bertujuan untuk meraih perhatian.


“Inilah sikap orang baru jadi pembangkang nak belajar cara untuk membantah. Mereka protes keluar tetapi kemudian masuk semula dewan untuk angkat sumpah.


“Kalau betul mereka tak boleh terima, kena bantah betul-betul lah. Bagaimanapun, saya ucapkan selamat berlatih jadi pembangkang,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen hari ini.


Sementara itu, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar berkata, kekecohan pagi tadi adalah satu sesuatu yang ‘sihat’.


“Kita dah melihat pertukaran kerajaan selepas 61 tahun tanpa pertumpahan darah. Maka apalah sangat keluar dewan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Saya hargai ahli Parlimen pembangkang yang duduk dalam dewan kerana mengikut peraturan mesyuarat dan memastikan upacara angkat sumpah berjalan dengan baik,” katanya


Bagi Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik, pembangkang sepatutnya perlu bersikap lebih profesional.


“Ironinya mereka membantah Speaker tetapi kemudiannya mengangkat sumpah di hadapan beliau.


“Saya harap mereka boleh bersikap lebih profesional seperti Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Anifah Aman,” katanya.

Advertisement

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

2 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

6 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago