Categories: Berita Lain

“Itu sandiwara, berlakon” – Tun M



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan Anggota Parlimen (MP) pembangkang keluar meninggalkan sidang Dewan Rakyat hari ini sebagai satu mainan sandiwara.


“Itu sandiwara, berlakon. Buat pertama kali bekas perdana menteri melakukan tindakan keluar meninggalkan Dewan Rakyat, jadi sekarang beliau tahu apa ertinya bila orang melakukan tindakan keluar (dewan) sebelum ini,” kata beliau merujuk kepada MP Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyertai tindakan keluar dewan itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Dr Mahathir ditanya pemberita mengenai insiden itu di lobi Parlmen di sini selepas MP mengangkat sumpah.  


Semua, kecuali tiga MP dari Barisan Nasional dan PAS melakukan tindakan keluar meninggalkan sidang dewan ketika Dr Mahathir membentangkan cadangan untuk mencalonkan hakim bersara Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Arif Md Yusof sebagai Speaker.


Tiga yang tidak menyertai tindakan keluar ialah Khairy Jamaluddin (BN-Rembau), Datuk Seri Anifah Aman (BN-Kimanis) dan Datuk Rozman Isli (BN-Labuan).


MP pembangkang itu mendakwa kerajaan Pakatan Harapan tidak mengikut prosedur dalam pelantikan Speaker.


Dr Mahathir juga menafikan dakwaan pembangkang bahawa kerajaan telah mengundurkan tarikh surat pencalonan Mohamad Ariff, dan menyatakan ia telah disiapkan lebih awal.


Mengenai manifesto Pakatan Harapan bahawa Speaker Dewan Rakyat akan dilantik dari kalangan para MP, Dr Mahathir berkata, atas sebab tertentu kerajaan tidak dapat memenuhi manifesto sebenar.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Katanya, manifesto lebih merupakan satu panduan.


“Kadang kala kita boleh melakukan sesuatu perkara dan kadang kala tidak, jadi kita perlu berfikiran praktikal.


“Tetapi saya kira orang ramai lebih suka mempunyai seseorang yang tidak ada kaitan  dengan mana-mana parti (sebagai Speaker),” katanya. – Bernama

Advertisement

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

17 hours ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

6 days ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

7 days ago