Categories: Berita Lain

Sah milik Achey, Hasanah

ACHEY akui Tiara besar maknanya. FOTO Nur Adibah Ahmad Izam



Sejak Nur Tiara Zinnirah Nasir hadir dalam hidupnya, pelawak dan penyanyi Achey tidak mahu berenggang dengan bayi comel itu.


Achey atau nama penuhnya Mohd Nasir Hamzah, 32, mengakui setiap saat dia teringatkan anaknya itu. Walau di mana berada, seboleh mungkin dia mahu pulang cepat untuk bertemu cinta hatinya itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Bahkan, dia tidak kisah menolak tawaran kerja apabila tak mampu komited berikutan mahu menjaga Tiara.


“Itulah yang berlaku kebelakangan ini tetapi saya tidak ralat jika terpaksa tolak tawaran. Baru-baru ini pun saya ada tolak tawaran dan memulangkan semula wang pendahuluan kepada penganjur.


“Tak mengapalah, saya yakin rezeki pasti ada nanti,” katanya.


Demi Tiara juga, Achey melalui prosedur proses pengambilan anak angkatnya itu secara sah dari segi undang-undang.


Tegas Achey, proses itu tidak semudah disangka namun lega apabila Tiara kini menjadi miliknya dan isteri tercinta.


“Selepas membuat pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) Tiara sah menjadi milik kami.


“Walaupun prosesnya sedikit rumit, saya dapat menyelesaikan hal ini demi masa depan Tiara. Memandangkan kami tidak pernah berdaftar dengan JKM untuk proses ambil anak angkat jadi prosesnya ‘renyah’ sikit.


“Namun, saya kena selesaikan juga pendaftaran sijil kelahirannya dan perakuan Tiara sebagai anak angat agar tidak ada masalah berbangkit kemudian hari,” katanya.


HASANAH memuji Achey yang ringan tulang membantunya menguruskan Tiara. FOTO Nur Adibah Ahmad Izam


Dalam pada itu, Achey memberitahu isterinya, Nor Hasanah Yahaya dalam proses menjadi ibu susuan kepada anak mereka yang kini hampir berusia dua bulan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Mereka sepakat melakukan proses itu dalam menjadikan Nur Tiara sebagai mahram selain mengelakkan isu lain pada masa akan datang.


“Alhamdulillah, selepas mendapat pandangan daripada keluarga dan ahli agama kami sepakat untuk jadikan dia anak susuan agar tak timbul soal mahram apabila dia dewasa kelak.


“Sekarang, masih dalam proses dan alhamdulillah Allah permudahkan proses untuk isteri saya,” katanya.


Tiara dilahirkan pada 15 Mei lalu, jam 8.05 malam dan diambil Achey serta isteri sebagai anak angkat pada 6 Ramadan.


Sementara itu, Hasanah memuji Achey yang ringan tulang membantunya menguruskan Tiara.


“Kalau Tiara terjaga malam, Achey akan bangun untuk tukar lampin, buat susu dan kerap bercerita dengannya.


“Ketika itu saya ambil peluang untuk berehat pula,” katanya.

Advertisement

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

2 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

2 days ago

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

4 days ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

5 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

6 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

6 days ago