Categories: Berita Lain

Sesi penggulungan uji keupayaan menteri baharu



KUALA LUMPUR – Minggu ketiga persidangan Dewan Rakyat menyaksikan hampir kesemua menteri dan timbalan menteri baharu kerajaan Pakatan Harapan (PH) menghadapi ‘ujian tahap keupayaan’ menjawab isu-isu yang dibangkitkan anggota Parlimen sama ada penyokong kerajaan atau pembangkang.


Sebanyak 20 daripada 25 kementerian selesai melakukan penggulungan dengan menjawab isu-isu yang dibangkitkan semasa perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong yang bermula 18 Julai.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Ini termasuk Kementerian Belia dan Sukan dengan menteri paling muda dalam kabinet, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilihat tenang dan bijak mengawal keadaan ketika diasak soalan bertalu-talu selepas membangkitkan isu ‘macai politik’ dalam persatuan belia.


Ahli Parlimen PH dari Padang Serai M. Karupaiya, menyifatkan sesi penggulungan kali ini lebih terbuka dengan menteri dan timbalan menteri memberikan jawapan yang lebih telus berbanding ketika era kerajaan BN.


Bagaimanapun, beliau berkata masih banyak yang perlu diperbaiki oleh pentadbiran baharu itu khususnya dalam memberikan jawapan terhadap isu-isu setempat yang dibangkitkan ahli Parlimen di kawasan masing-masing.


“Saya turut mengutarakan mengenai isu kesihatan dan pendidikan bagi kawasan saya namun tidak mendapat jawapan yang konkrit,” katanya dan menegaskan ia penting supaya anggota Parlimen boleh menyampaikan perkembangan terkini mengenai isu berbangkit kepada masyarakat di kawasannya tanpa was-was.


Nurul Izzah Anwar (PH-Permatang Pauh) turut mengakui masih terdapat perkara yang perlu dibaiki, namun memuji iltizam jemaah menteri dalam memberikan jawapan terhadap segala isu yang dibangkitkan.


“Ini adalah kali pertama pentadbiran baharu, sudah tentu ada perkara yang perlu dibaiki. Kita kena ingat tahap jawapan juga bergantung kepada tahap soalan yang dibangkitkan oleh pembangkang,” katanya.


Ahli Parlimen pembangkang, Tan Sri Noh Omar (BN-Tanjung Karang) melihat tiada dasar baharu yang diperkenalkan ketika sesi penggulungan oleh pihak kerajaan.  


“Jawapan lebih kepada dikaji dan disemak. Namun kita perlu bersikap adil dan mengikut pengalaman saya, sekurang-kurangnya enam bulan diperlukan untuk memahami kementerian sendiri sebelum mewujudkan dasar baharu,” kata bekas Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu.


Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) berkata, alasan kekangan kewangan menjadi trend anggota kabinet PH dalam menjawab soalan yang dikemukakan ahli Parlimen.


Minggu ketiga persidangan Dewan Rakyat kali ini menyaksikan pembentangan rang undang-undang bagi memansuhkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan pada masa sama memperkenalkan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bagi bacaan kali pertama.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Bacaan kali kedua Rang Undang-Undang (RUU) Cukai Jualan 2018; RUU Cukai Perkhidmatan 2018; Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pemansuhan) 2018; Kastam (Pindaan) 2018 dan Zon Bebas (Pindaan) 2018 dijangka dilakukan pada minggu keempat persidangan selepas selesai baki lima lagi kementerian menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong.


Kerajaan PH mahu memperkenalkan semula SST pada September ini setelah GST dikadar sifar pada 1 Jun sejajar dengan janji manifesto pilihan raya umumnya.


Turut menarik perhatian, Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Yusof pada Khamis lalu, menarik balik keputusan yang tidak membenarkan ahli Dewan Rakyat menyentuh isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dana RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


Mohamad Ariff turut membuat keputusan untuk tidak membenarkan perbahasan melibatkan isu yang tertakluk dalam kes mahkamah membabitkan Najib yang dituduh di Mahkamah Tinggi terhadap tiga dakwaan melakukan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahgunakan jawatannya berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.- Bernama

Advertisement

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

10 hours ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

1 day ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

2 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

2 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

2 days ago

Walaupun si suami pernah berkahwin 28 kali, isteri tua tetap setia disisi

JAKARTA -Isteri seorang ahli perniagaan di Indonesia membenarkan suaminya berkahwin lain selepas lelaki itu pernah… Read More

3 days ago