Categories: Berita Lain

Apapun pilihan Azmin, terpaksa berdepan Anwar


Walaupun audio panas mirip suara Datuk Seri Anwar Ibrahim
yang menyerang Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjelang pemilihan PKR dinafi
sekeras-kerasnya oleh PKR dan tuan punya badan, sesiapa pun tidak dapat meneka
apa pandangan sebenar Tun Dr Mahathir Mohamad dan Azmin terhadap audio
tersebut.
Yang pasti, mereka tidak boleh mengabaikan audio itu begitu
sahaja dalam percaturan politik seterusnya.
Perkembangan kerjaya Azmin sejak Langkah Kajang sangat
menakjubkan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Daripada seorang Adun dan Ahli Parlimen, Azmin menjadi menteri
besar Selangor dan kini menteri hal ekonomi dan dilantik oleh Dr Mahathir
sebagai lembaga pengarah di Khazanah Nasional Berhad. Bahkan, Timbalan Perdana
Menteri Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng
pun tidak memiliki keistimewaan seperti itu, lapor
Free Malaysia Today.
Dengan keistimewaan begitu, Azmin hari ini sudah dilihat
mampu menjawat jawatan perdana menteri. Beliau pencabar terdekat kepada Anwar
untuk menjawat jawatan PM selepas Dr Mahathir di dalam Pakatan Harapan. Dari
sudut kebolehan dan kedudukan politik, Azmin mempunyai kelebihan mengatasi
Anwar di luar PKR berbanding di dalam PKR. Dari sudut kesihatan, Azmin juga
jauh lebih muda berbanding Anwar.
Lebih penting, Azmin sudah boleh berdiri sendiri dan membawa
PKR tanpa bayang-bayang Anwar.
Jadi, tiada apa yang perlu dihairankan jika benar ada usaha
untuk menjatuhkan Azmin. Seperti mana-mana dinasti, tiada raja yang duduk diam
apabila dirinya rasa terancam.
Jika Anwar dibiarkan menang tanpa bertanding sebagai
presiden PKR, beliau akan bebas bergerak untuk berkempen secara halus untuk
calon timbalan yang disukainya. Tindakan anak beliau, Nurul Izzah, untuk bersama
pasukan Rafizi Ramli yang berebut jawatan timbalan presiden yang disandang
Azmin antara kempen halus yang jelas mesejnya. Azmin sudah tentu sedar akan
bahayanya situasi ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Selain Rafizi dan Nurul, Setiausaha Agung Saifuddin Nasution
turut mula melancarkan kempen halus. Ini boleh dilihat daripada saranan beliau
baru-baru ini agar ahli-ahli PKR menolak pemimpin yang terbawa-bawa untuk
menggunakan kedudukan mereka bagi membina empayar peribadi atas alasan ia
berlawanan dengan pendirian PKR.
Pemimpin yang berkebolehan membina empayar peribadi mesti
mempunyai 2 syarat, satunya kaya-raya dan satu lagi memegang jawatan yang amat
berkuasa dan boleh membina kekayaan para pengikut.
Di dalam PKR, pemimpin manakah yang memenuhi kedua-dua
syarat itu hari ini? Nama pertama yang muncul di minda kalian, itulah beliau.
Jika Azmin bertanding jawatan presiden, maka beliau akan
bertembung dengan Anwar secara langsung. Jika beliau sekadar mempertahankan
jawatan, maka beliau juga akan bertembung dengan Anwar secara tidak langsung
kerana anak Anwar memberikan sokongan kepada Rafizi.
Oleh itu, apapun pilihan Azmin, beliau terpaksa berdepan
dengan Anwar. Ia sudah tidak boleh dielakkan. Audio panas yang didakwa palsu
itu hanya sekadar loceng amaran awal pertembungan ini.
Loceng itu sudah pasti mencuri perhatian Dr Mahathir dan
sahabatnya, Tun Daim Zainuddin.

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

1 day ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

1 day ago

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

3 days ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

4 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

6 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

6 days ago