Categories: Berita Lain

‘Najib fitnah k’jaan salah guna RM42b tapi cuma tinggalkan RM450j’ – Guan Eng


Bekas Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak memfitnah
kerajaan Pakatan Harapan menyalahgunakan RM42.2 bilion setakat 31 Disember 2017
apabila beliau cuma meninggalkan RM450 juta setakat 30 April 2018.
Najib masih lagi mengungkit isu Kumpulan Wang Disatukan
Kerajaan Persekutuan yang berjumlah RM42.2 bilion setakat 31 Disember 2017
tetapi beliau gagal untuk menyatakan bahawa dana ini cuma tinggal RM11.86
bilion di dalam Akaun Hasil Disatukan.
Pembayaran dan pemindahan wang kerajaan hanya boleh dibuat
atau digunakan daripada Akaun Hasil Disatukan dan dengan ini, cuma RM11.86
bilion dalam Akaun Hasil Disatukan sahaja yang boleh dipindahkan ke Tabung
Bayaran Balik GST dan Tabung Bayaran Balik Cukai.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Walau bagaimanapun, RM11.86 bilion tersebut tidak
dipindahkan ke Tabung Bayaran Balik Cukai. Jumlah bayaran balik GST dan bayaran
balik cukai setakat 31 Mei 2018 seperti yang diumumkan sebelum ini adalah
RM35.4 bilion.
Menurut polisi kerajaan persekutuan, semua pungutan yang
diterima hendaklah disimpan dalam satu kumpulan wang yang dikenalikan sebagai
Kumpulan Wang Disatukan. Tetapi, jumlah dana yang disimpan di dalam kumpulan
wang ini adalah kepunyaan tiga akaun berbeza iaitu Akaun Hasil Disatukan, Akaun
Pinjaman Disatukan dan Akaun Amanah Disatukan yang diselenggara oleh Akauntan
Negera.
Najib seharusnya faham bahawa hanya jumlah yang terdapat
dalam Akaun Hasil Disatukan boleh digunakan untuk bayaran balik GST dan bayaran
balik cukai.
Apabila Kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran
pusat pada 9 Mei lalu, kedudukan kewangan di dalam Kumpulan Wang Disatukan yang
belum diaudit setakat 30 April adalah RM35.5 bilion dan daripada jumlah ini,
cuma terdapat RM450 juta dalam Akaun Hasil Disatukan yang belum diaudit.
Dengan kata lain, baki yang tinggal adalah RM11.86 bilion
setakat 31 Disember tahun lalu dalam Akaun Hasil Disatukan telah merosot kepada
RM450 juta setakat 30 April lalu.
Ini juga menunjukkan bahawa Akaun Hasil Disatukan telah
menyusut dengan mendadak sebanyak RM11.41 bilion dalam masa empat bulan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Najib patut menjawab mengapa jumlah ini merosot dengan
mendadak sebanyak RM11.41 bilion atau 96 peratus dalam Akaun Hasil Disatukan
dari 31 Disember 2017 hingga 30 April lalu.
Akan tetapi, Najib terus memfitnah kerajaan Pakatan Harapan
menyalahgunakan RM42.2 bilion yang beliau mendakwa ditinggalkan kepada kerajaan
Pakatan Harapan pada 31 Disember 2017 sedangkan beliaulah yang sebenarnya yang
meninggalkan RM450 juta sahaja untuk digunakan pada 30 April lalu.
Walaupun kerajaan telah memberikan percutian cukai yang
berkuatkuasa 1 Jun 2018, kedudukan kewangan Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan
Persekutuan yang belum diaudit telah bertambah baik kepada RM59.90 billion
setakat 31 Julai lalu.
Pada masa yang sama, jumlah Akaun Hasil Disatukan yang belum
diaudit juga menunjukkan baki yang lebih tinggi iaitu RM3.81 bilion daripada
RM450 juta setakat 30 April lalu.
Peningkatan di dalam Akaun Hasil Disatukan yang belum
diaudit kepada RM3.81 billion pada 31 Julai adalah penambahbaikan 8.5 kali
ganda yang diteraju oleh Pakatan Harapan berbanding kerajaan BN setakat 30
April.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Oleh itu, adalah tidak benar bahawa kerajaan Pakatan Harapan
telah menyalahgunakan dana Kumpulan Wang Disatukan yang diwarisi daripada
kerajaan BN seperti yang didakwa oleh Najib.
LIM GUAN ENG adalah menteri kewangan dan setiausaha agung
DAP.
Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak
semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysian Update.

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

6 hours ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

2 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

2 days ago

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

4 days ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

5 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

6 days ago