Categories: Berita Lain

Panggilan telefon 9 Mei: Anwar dedah Najib terkedu selepas disuruh berurusan dengan Mahathir


Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan lebih banyak butiran
mengenai perbualan telefon dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak
pada malam kejatuhan BN dan Umno daripada kekuasaan selama enam dekad.
Ketika wawancara bersama ThaiPBS, Anwar berkata Najib dalam
perbualannya secara berterusan bertanyakan mengenai apa yang difahamkan sebagai
percubaan bekas presiden Umno itu mengatur langkah mengekalkan BN sebagai parti
pemerintah.
Bagaimanapun, Najib akhirnya terkedu apabila Anwar berkata
Najib perlu mengemukakan permintaannya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang
bakal menjadi perdana menteri pada ketika itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Beliau (Najib) berterusan berkata – terdapat
kemungkinan untuk mengatur sesuatu kerana kami (BN) tidak berpuas hati dengan
keputusan pilihan raya.
“Akhirnya, saya kata, kamu perlu sedar, secara
teknikalnya saya di dalam penjara… Ini akan jadi panggilan terakhir kamu
kepada saya, selepas ini, kamu perlu berurusan dengan Mahathir.
“Kemudian beliau menjadi terkedu seketika,” kata
Anwar, petik ThaiPBS.
Perbincangan datang kemudian
Apabila wartawan Suthichai Yoon bertanyakan jika beliau
sepenuhnya menutup pintu rundingan mengenai kemungkinan kerjasama dengan BN,
Anwar berkata mesej beliau kepada Najib adalah beliau perlu mengaku kalah
terlebih dahulu dan perbincangan, jika ada itu boleh dibuat kemudian.
“Najib ada membayangkan beliau sedia untuk berbincang
dan berunding tetapi saya tidak layan. Mandat kami cukup jelas, kami menang
dengan majoriti yang jelas. (Saya katakan kepadanya) hal ini (perbincangan)
akan datang kemudian.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Jika kamu mahu, kamu boleh berbincang dengan Mahathir,
beliau terdiam… tak terkata apa-apa,” kata Anwar.
Bagaimanapun, Anwar berkata walaupun beliau menasihatkan
Najib untuk mengaku kalah, namun bekas presiden Umno itu menunda pengumumannya
sehingga keesokan harinya.
“Beliau enggan (mengaku kalah) sehinggalah keesokan
harinya sekitar jam 11 pagi dan malah masih cuba berkeras.
“Sebenarnya ini kerana kesombongannya yang menyebabkan
tindak balas sebegini,” katanya.
Anwar dibebaskan dari penjara pada 16 Mei selepas menerima
pengampunan diraja.
Beliau dipenjarakan atas kesalahan seks luar tabii dan
mendakwa pertuduhannya bermotifkan politik.
Mahathir telah berjanji untuk menyerahkan kuasa kepada Anwar
dalam masa beberapa tahun lagi. – Malaysiakini

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

11 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

12 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

1 day ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago