Categories: Berita Lain

Tun Daim dedah rahsia PH tewaskan BN

Foto: Berita Harian

KUALA LUMPUR: Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (MPK), Tun
Daim Zainuddin, mendedahkan kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya
Umum ke-14 (PRU-14) adalah hasil manipulasi terhadap laporan dalaman daripada
kumpulan pemikir UMNO serta pengorbanan komponen PH demi negara.
Beliau berkata, berdasarkan kajian dan laporan yang beliau
terima daripada kumpulan pemikir UMNO, mereka berkeyakinan yang parti itu dan
Barisan Nasional (BN) akan tewas pada PRU-14.
Walaupun begitu, beliau mengakui kemenangan PH turut
dipengaruhi faktor lain termasuk sikap bongkak dan biadab pemimpin UMNO serta
parti komponen BN yang menyerang Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berkempen, yang
mana ia tidak disukai rakyat.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya memang orang lama dan sudah lama dalam dunia politik,
dunia perniagaan. Ada ramai kawan. Sebelum PRU 2018 saya bertemu dengan UMNO,
DAP, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan PKR serta terima banyak laporan.
“Saya sendiri dapat laporan daripada UMNO mengatakan mereka
akan kalah. Masa kempen pun mereka beritahu akan kalah. Ini orang UMNO. ‘Think
tank’ mereka masa kempen pun beritahu mereka akan kalah.
“Ini orang UMNO kerana kita ada kawan ramai. Saya sebelum itu
ada juga nasihat bekas PM berjaga-jaga akan kalah. Sebabnya banyak. Bezanya itu
saja. Kita tahu akan kalah.
“Mereka (UMNO) juga sombong sekali. Kalau dalam adat kita,
mereka biadab juga dan kita tidak boleh terima. Mereka terlebih yakin. MCA juga
biadab. Mereka kata ‘undi biru tua, jangan undi orang tua’. Rakyat Malaysia
tidak boleh terima ini,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam rancangan Soal Rakyat terbitan
TV3, malam tadi dengan Tan Sri Johan Jaafar dan Mustapha Kamil Mohd Janor
bertindak sebagai moderator.
Daim berkata, menyedari perkara itu, beliau kemudian
merancang dua strategi bagi menumbangkan BN iaitu dengan mewujudkan kepercayaan
kepada rakyat bahawa MCA dan MIC sudah tidak relevan serta menyerang FELDA yang
menjadi ‘simpanan tetap’ BN.
“Kita ada dua strategi dan paling penting masa
(melaksanakan) mesti tepat. Maka mereka minta saya buat satu wawancara dengan
Nanyang Siang Pow. Dengan cara itu kita ‘musnahkan’ MCA dan MIC dulu sebagai
sudah tidak relevan. Selepas itu tumpu kepada UMNO.
“UMNO ketika itu bongkak, dia ingat mesti menang kerana ada
isu, ada jentera, ada figura dan penyandang. Saya bincang dan kita kata, Dr
Mahathir mesti menjadi ketua dan orang Melayu mesti terima dan orang bandar
juga tidak ada masalah.
“Kita buat strategi dan Sabah kita jangan kacau. Biarkan
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di sana. Lepas itu kita tumpu kawasan kita boleh
menang, yang penting FELDA. FELDA dia (BN) punya ‘simpanan tetap’. Kalau kita
pecahkan ‘simpanan tetap’, mereka tidak ada apalah,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Daim turut mendedahkan beliau mengadakan perbincangan dengan
Datuk Seri Anwar Ibrahim di Penjara Sungai Buloh mengenai rancangan
menumbangkan BN.
“Hendak jumpa Anwar susah. Yang dibenarkan jumpa hanya ahli
keluarga atau peguam. Maka, untuk atasi masalah ini saya jadi peguam balik.
Dengan cara ini saya dapat masuk di (Penjara) Sungai Buloh dan jumpa Anwar.
“Saya jumpa dan berbincang sebanyak enam kali. Selepas itu
saya tidak dibenarkan. Bila tidak dibenarkan, saya tulis surat kepada Perdana
Menteri dan tanya mengapa tidak boleh berjumpa kerana saya peguam.
“Sudah tentu mereka ada laporan tertentu maka saya tidak
dibenarkan masuk. Tidak mengapalah sebab kami dah bincang. Yang perlu dibincang
masalah ketika itu ialah masalah politik,” katanya.
Beliau turut menghargai pengorbanan DAP yang sanggup tidak
menggunakan logo parti mereka pada PRU-14 bagi menunjukkan mereka sedia
berkorban untuk negara.
“Bila orang tengok DAP sanggup berkorban, itu penting
menunjukkan mereka bukan perkauman sebaliknya pentingkan negara. Lihat DAP
bersedia berkorban, MCA sanggup atau tidak? Tidak sanggup, ini cara kita main.
“DAP dulu orang Melayu tidak boleh terima, tapi bila datang
kepentingan negara dia sanggup berkorban. Tidak guna simbol dia, itu
pengorbanan,” katanya. – Berita Harian


Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago