Categories: Berita Lain

KSN: Kenaikan gaji penjawat awam yang diumum Najib akan diteliti


Kenaikan satu gaji tahunan untuk penjawat awam seperti
dijanjikan kerajaan terdahulu akan diteliti sama ada ia wajar diteruskan atau
sebaliknya, kata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar.
Beliau berkata kajian mengenainya dilakukan dengan mengambil
kira kedudukan kewangan negara ketika ini.
Ditanya jangka masa yang diperlukan untuk kajian itu, beliau
berkata, ia mungkin setahun atau dua tahun.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya akan tengok balik perkara ini dan akan bawa ke pihak
yang boleh membuat keputusan. Saya tak boleh nak komen, tetapi memandangkan
dengan bebanan hutang (negara) yang tinggi, kita merasakan perkara ini perlu
dilihat semula,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Ismail berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri
Sesi Bual Bicara Bersama Penjawat Awam Negeri Johor di Pusat Konvensyen
Antarabangsa Persada Johor, di Johor Bahru, hari ini.
Pada April lepas, perdana menteri ketika itu Datuk Seri
Najib Tun Razak pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-16 (Mappa XVI)
di Putrajaya, mengumumkan kenaikan satu gaji tahunan untuk kira-kira 1.6 juta
penjawat awam berkuat kuasa 1 Julai lepas.
Pemberian kenaikan gaji itu sebagai menghargai jasa dan
pengorbanan serta penat lelah para penjawat awam sebagai kawan setia kerajaan
dan kenaikan tersebut melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM1.46 bilion.
Pemberian itu bermakna penjawat awam mendapat tambahan satu
lagi kenaikan gaji tahunan di samping pergerakan gaji tahunan yang diterima
bagi tahun 2018.
Sementara itu, Ismail berkata kajian untuk mengecilkan
jabatan-jabatan kerajaan sedang dilakukan bagi mengelakkan pertindihan fungsi
ketika ini.
Beliau berkata kajian tersebut dijangka mengambil masa
sehingga suku pertama tahun depan.
“Kita sekarang sedang melihat balik, selepas penyusunan
ini selesai, kita akan masuk fasa kedua iaitu melihat agensi yang bertindih
dari segi fungsi tugas dan sebagainya. Kita akan melihat dan memperkecilkan
mengikut kesesuaian,” katanya dengan menambah terdapat banyak jabatan yang akan
terlibat.
Ditanya mengenai berita baik untuk penjawat awam pada
pembentangan Bajet 2019 pada 2 November depan seperti pemberian bonus, Ismail
enggan mengulas dan meminta penjawat awam menunggu pengumuman berkenaan.
– Bernama

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

15 hours ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

2 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

2 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

2 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

3 days ago

Walaupun si suami pernah berkahwin 28 kali, isteri tua tetap setia disisi

JAKARTA -Isteri seorang ahli perniagaan di Indonesia membenarkan suaminya berkahwin lain selepas lelaki itu pernah… Read More

3 days ago