Categories: Berita Lain

Siasatan 1MDB dijangka siap 1 hingga 2 bulan lagi – Polis

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak – Foto Berita Harian

Siasatan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB)
dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh satu hingga dua bulan lagi, kata Timbalan
Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.
Beliau berkata pada masa ini pihaknya sedang menyiapkan
kertas siasatan dengan mengumpulkan semua keterangan dalam satu fail siasatan
sebelum menyerahkan kepada Pejabat Peguam Negara (AG) untuk tindakan
selanjutnya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kalau mengikut perancangan, kami mahu kertas siasatan
itu diselesaikan secepat mungkin…setiap minggu pasukan khas yang menyiasat
kes itu mengadakan perbincangan supaya dapat mengambil tindakan secepat
mungkin…siasatan kes itu berjalan lancar dan kami cuba siapkan dalam masa
terdekat.
“Kini tanggungjawab polis mengumpulkan semua keterangan
mereka yang telah direkodkan termasuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak dan isterinya (Datin Seri Rosmah Mansor) serta semua yang telah diambil
keterangan dimasukkan dalam satu fail penyiasatan untuk diserahkan kepada
(AG),” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir pada
program Kayuhan Solidariti Polis Diraja Malaysia (PDRM) Jambatan Sultan Abdul
Halim Mu’adzam Shah, di sini malam ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Program itu dirasmikan Tunku Laksamana Kedah Datuk Tunku
Shazuddin Ariff Sultan Sallehudin.
Seramai 4,000 peserta mengambil bahagian dalam kayuhan
sejauh 56.5 kilometer itu.
Noor Rashid berkata polis akan memanggil beberapa lagi
individu terlibat dalam beberapa syarikat yang mempunyai kaitan dengan 1MDB
untuk direkodkan keterangan bagi siasatan kes berkenaan.
Sementara itu dalam perkembangan lain, Noor Rashid berkata
siasatan kes Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund, Nazrin Hassan masih
diteruskan.
Beliau berkata polis juga menyiasat daripada semua segi
termasuk laporan polis yang dibuat Nazrin berhubung ugutan bunuh tiga bulan
sebelum beliau dibunuh.
“Kami tidak pernah berhenti menyiasat kes itu dan
siasatan dijalankan secara rapi serta teliti demi keadilan untuk mangsa,”
katanya.
Nazrin, 45, maut dalam kebakaran di rumahnya di Mutiara
Homes di Petaling Jaya pada 14 Jun lepas dan ia diklasifikasi sebagai kes bunuh
selepas siasatan bomba menemukan kesan petrol di lokasi kebakaran.
– Bernama

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

6 hours ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

1 day ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

3 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

3 days ago

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

5 days ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

6 days ago