Categories: Berita Lain

Dr Noor Azmi, 4 Senator sertai BERSATU

AHLI Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali sertai
BERSATU di Menara Yayasan Selangor. – Foto Malaysiakini

Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali hari
ini sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) selepas lima bulan
menjadi wakil rakyat Bebas.
Beliau menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden
BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menerima kad keahlian daripada Pengerusi
parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menurut portal BH Online lagi, selain Dr Noor Azmi, empat lagi Senator turut menyertai
BERSATU iaitu Presiden Majlis Senator Malaysia, Datuk Seri Khairudin ES Abd
Samad; Bendahari Majlis Senator Malaysia, Datuk Suhaimi Abdullah; wakil Orang
Asli, Isa Ab Hamid dan wakil Orang Siam, Aknan Ehtook.
Dr Mahathir pada sidang media berkata, beliau mengalu-alukan
penyertaan Dr Noor Azmi dan empat Senator terbabit ke dalam BERSATU.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Kita tiada majoriti dua pertiga. Kadang-kadang apa yang
kita nak buat, tersekat. Kita tidak boleh nak tumpukan pada apa yang kita
janjikan sebab perlu dua pertiga undi.
“Kemasukan ahli-ahli baharu ini, kita boleh dapat angka yang
diinginkan dan syarat kepada mereka adalah menjadi ahli selama setahun tidak
boleh memegang apa-apa jawatan,” katanya.
Sementara itu, Dr Noor Azmi berkata, kemasukannya ke dalam
BERSATU sudah lama difikirkan dan hari ini menjadi kenyataan.
“Hari ini saya berasa sangat bertuah kerana dapat dua ‘B’
iaitu dapat masuk ke BERSATU dan ‘Birthday’ sebab hari ini adalah hari jadi saya
ke 57 tahun,” katanya.
Penyertaan Dr Noor Azmi itu menjadikan BERSATU memiliki
seramai 15 Ahli Parlimen selepas Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed
menyertai parti itu pada 27 Oktober lalu.
Ditanya mengenai krisis membabitkan Menteri Besar Perak,
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang didakwa tidak mendapat kepercayaan EXCO
negeri itu, Dr Mahathir berkata, Ahmad Faizal masih lagi Menteri Besar yang
sah.
“Setakat yang saya tahu, Ahmad Faizal masih lagi Menteri
Besar,” katanya.

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

2 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

6 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago