Categories: Berita Lain

Lelaki dera Zara dipenjara 20 tahun, 12 sebatan

Tinggal kenangan, Zara bersama ibunya, Noraihan Ab. Aziz. – Kosmo!

KAJANG, 28 Nov ― Suami kepada pengasuh bayi Nur Muazara Ulfa
Mohammad Zainal atau Zara, yang mati secara tragis dipercayai didera secara
fizikal dan seksual dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dengan 12 sebatan oleh
Mahkamah Sesyen Kajang di sini, hari ini kerana memasukkan jari ke dalam
kemaluan dan dubur bayi itu.
Hakim Datin Surita Budin menjatuhkan hukuman itu terhadap
Hazmi Majid, 36, selepas dia mengaku bersalah melakukan perbuatan itu terhadap
bayi malang berusia 11 bulan itu, awal bulan ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh yang bekerja
sebagai tukang gunting rambut itu didakwa memasukkan jari ke dalam kemaluan dan
dubur bayi perempuan itu di sebuah rumah di Apartment Sri Cempaka, Jalan 6/3,
Seksyen 16, Bandar Baru Bangi, dekat sini, antara 10.30 pagi dan 1.30 petang, 7
Nov lalu.
Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 377CA
Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan
maksimum 30 tahun serta sebat.
Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara 20
tahun dan enam kali sebatan bagi pertuduhan pertama dan penjara 20 tahun dan
enam kali sebatan bagi pertuduhan kedua dan memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak dari tarikh
tangkap pada 13 Nov lalu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Noor Hafizan Zakaria
memohon hukuman berat ke atas tertuduh dengan mengambil kira kepentingan awam
kerana kesalahan yang dilakukan adalah serius melibatkan mangsa berumur 11
bulan yang tidak berdaya untuk mempertahankan diri sendiri.
“Tertuduh merupakan suami kepada pengasuh mangsa yang
sepatutnya turut menjaga mangsa bukannya mengambil kesempatan ke atas mangsa.
Kesalahan terhadap bayi dan kanak-kanak juga semakin menular dalam kalangan
masyarakat hari ini,” katanya.
Bagaimanapun, Hazmi yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan hanya dia
sahaja yang bekerja dan perlu menanggung isteri dan tiga orang anak.
Pada 23 Nov lalu, Hazmi didakwa di Mahkamah Majistret Kajang
atas pertuduhan membunuh bayi perempuan tersebut di tempat sama.
Sebelum ini, media melaporkan perbuatan tidak
berperikemanusiaan dilakukan ke atas Nur Muazara Ulfa yang meninggal dunia
selepas dua hari berada dalam keadaan kritikal di Hospital Serdang, Selangor,
dipercayai akibat didera secara fizikal dan seksual oleh suami kepada
pengasuhnya.
Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut ke atas mangsa mendapati
terdapat kesan koyakan pada selaput dara dan duburnya manakala hasil bedah
siasat Jabatan Patologi Hospital Serdang mendapati punca kematian mangsa
disebabkan ‘impak dipercayai objek tumpul terhadap kepala’ dengan tempurung
kepala mangsa pecah selain kesan lebam pada bahagian atas kiri dan kanan kepala
mangsa. ― Bernama

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

3 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

4 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

23 hours ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago