Categories: Berita Lain

1MDB: Lima individu diburu polis



KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini memburu lima individu atas pelbagai kesalahan jenayah melibatkan transaksi kewangan dan urusniaga yang dijalankan oleh syarikat 1MDB.

Kesemua yang sedang dikesan ialah ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho atau Jho Low, Tan Kim Loong (Eric), Pengarah Pembangunan Perniagaan, Tang Keng Chee (Casey), Peguam Am 1MDB, Loo Ai Swan (Jasmine) dan Pengarah Eksekutif Kewangan 1MDB, Geh Chong Heng (Terence).
Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Ketua  Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, hasil siasatan polis telah dikemukakan dan ditaklimat kepada peguam negara kelmarin.

Menurutnya, berdasarkan kuasa yang diperuntukkan di bawah Artikel 145 Perlembagaan Persekutuan dan setelah meneliti keterangan kes, keputusan telah dibuat Peguam Negara agar polis memfailkan pertuduhan jenayah di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (akta 613).

“Jumlah pertuduhan yang dihadapi lima individu ini sebanyak 13 pertuduhan melibatkan kerugian berjumlah yang RM4.2 bilion.

“Pertuduhan telah difailkan di Mahkamah Sesyen Jenayah, Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada semalam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mohamad Fuzi berkata, waran tangkap telah diperoleh dan usaha menangkap kesemua mereka sedang dijalankan.

Katanya, PDRM juga mendapatkan kerjasama dari pihak berkuasa luar negara dan  Polis Antarabangsa (Interpol) jika mereka berada di luar negara.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

“Jika mereka berada di luar negara, kami melalui Jabatan Peguam Negara akan mengambil tindakan untuk memohon ekstradisi bagi membolehkan mereka dibawa balik ke Malaysia untuk pertuduhan di mahkamah,” katanya

-sinar harian

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

12 hours ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

2 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

2 days ago

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

4 days ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

6 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

7 days ago