Categories: Berita Lain

Bersatu akan lindungi kepentingan Melayu – Dr Mahathir


Kewujudan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai
parti Melayu adalah kerana orang Melayu di negara ini masih percaya mereka
memerlukan parti Melayu untuk melindungi mereka dan kepentingan masyarakat itu,
kata Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Mereka (orang Melayu) mahu seseorang untuk melindungi
mereka..dan mereka percaya bahawa hanya orang Melayu boleh melindungi mereka,
jadi mereka mahukan parti ini. Sekiranya kita (Bersatu) tidak memenuhi hasrat
mereka, kita (Pakatan Harapan) tidak akan mendapat sokongan mereka dan kita
akan sentiasa kalah,” kata Dr Mahathir dalam temu bual dengan
organisasi-organisasi media terpilih di pejabatnya di Putrajaya.
Perdana menteri berkata jika beliau dan beberapa bekas
pemimpin Umno tidak menubuhkan Bersatu dan tidak menekankan bahawa Bersatu juga
merupakan parti Melayu, beliau pasti bahawa dalam Pilihan Raya Umum ke-14
(PRU14), Barisan Nasional (BN) dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib azak
tentu telah memenangi pilihan raya.
“ Ya, seperti Pilihan Raya Umum ke-13, undi majoriti atau
popular (dalam PRU14) memihak kepada pembangkang tetapi disebabkan struktur
kawasan pilihan raya, BN masih memenangi pilihan raya dan seterusnya membentuk
kerajaan..tetapi mereka membentuk kerajaan pencuri yang tidak cekap, kleptokrasi,”
kata Dr Mahathir yang juga pengerusi Pakatan Harapan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Ketika ditanya sama ada Bersatu boleh mengumpulkan kekuatan
seperti Umno untuk meraih undi Melayu, Dr Mahathir berkata orang Melayu
sentiasa mahukan parti yang kuat kerana Umno sekarang lemah selepas mengalami
kekalahan dalam PRU lepas dan ramai anggota parlimen dan pemimpinnya telah
meninggalkan parti dan merancang untuk keluar Umno.
“Bersatu adalah parti Melayu. Yang lain (parti komponen lain
dalam PH) semuanya adalah parti berbilang kaum. Mereka (orang Melayu) mahu
menyertai Bersatu. Jika mereka tidak menyertai Bersatu, maka ke mana mereka
akan pergi. Mereka tidak boleh bersama Umnp..Umno telah berakhir.
“Orang Melayu takut, mereka berasa terancam. Mereka
berpendapat jika jumlah mereka kecil, mereka tidak boleh mendapat apa-apa
berdasarkan kesamaan dan layanan sama rata di negara ini. Mereka mencari parti.
Mereka (orang Melayu yang memilih parti Melayu) tidak boleh menyertai Keadilan
(PKR) kerana mereka tidak menerima parti berbilang kaum, mereka tidak boleh
menerima Amanah, juga parti berbilang kaum, dan sudah pasti mereka tidak boleh
menyertai DAP. Jadi apakah pilihan mereka,” kata beliau.
Ketika ditanya mengenai semakin ramai terutama pemimpin dan
bekas pemimpin Umno mahu menyertai Bersatu, Dr Mahathir berkata Bersatu adalah
parti Melayu dan Bumiputera dan sesiapa sahaja Melayu Bumiputera boleh menjadi
anggota Bersatu.
“Tetapi ada syaratnya..dia kena orang yang “subscribe”
kepada ideologi kita iaitu nak parti yang bersih dan tidak terlibat rasuah,
serta akan dedikasikan kerjanya kepada rakyat dan negara. Itu tujuan kita,
sesiapa yang pegang prinsip-prinsip itu kita boleh terima. Kalau nak parti
Melayu, Bersatu je ada. Kalau bersatu tak baik bagi baiklah..masuk jadi baik,”
katanya.
Beliau berkata pada PRU yang lepas, Bersatu tidak
memunjukkan prestasi yang baik dan hanya menang 13 kerusi parlimen kerana parti
itu telah dibatalkan pendaftaran oleh kerajaan terdahulu.
“Kita bertanding menggunakan simbol, bendera parti
Keadilan. Jadi kita kalah banyak kerusi. Di Kedah, misalnya kita sepatutnya
memenangi banyak kerusi tetapi tidak. Selain kawasan yang saya bertanding iaitu
di Langkawi dan anak saya Mukhriz (Datuk Seri Mukhriz) bertanding. Kawasan yang
lain tidak pasti siapa yang bertanding.
“Tetapi kita sekarang adalah parti yang berdaftar. Kita
boleh menunjukkan bendera kita, kita bleh menunjukkan simbol kita tetapi
apabila bertanding kita akan bertanding di bawah PH dan PH sekarang mempunyai
simbolnya sendiri. Tidak lagi seperti PH dalam PRU4 apabila kita terpaksa
menggunakan simbol dan bendera Keadilan kerana PH tidak dapat didaftarkan,
” katanya.
Mengenai prestasi oleh anggota kabinet dari Bersatu, Dr
Mahathir berkata walaupun parti itu memenangi hanya 13 kerusi tetapi dalam
kabinet, mereka mempunyai bilangan anggota yang sama dengan parti-parti yang
lain.
“Kita mempunyai enam anggota dalam kabinet seperti
parti-parti lain. Mereka masih baharu, ramai daripada mereka datang berjumpa
dengan saya untuk meminta nasihat. Kadang-kadang mereka sangat teruja, mereka
membuat kenyataan yang tidak baik untuk mereka atau parti. Tetapi anda tidak
boleh mengharap bahawa orang yang masih baharu menjadi pakar pada hari pertama
mereka mengambil alih jawatan. Sesetengah daripada mereka membuat kesilapan tetapi
kita boleh membetulkan kesilapan, ” kata beliau.
Mengenai golongan muda dalam parti itu, Dr Mahathir berkata
parti itu memberi tempat kepada orang muda kerana percaya golongan muda juga
berkaliber untuk bersama-sama memimpin negara.
“ Tak pernah dalam sejarah Malaysia orang umur 25 tahun jadi
menteri. Itu penghargaan kita. Wanita pun macam itu, ada empat menteri wanita
(dalam kerajaan sekarang). Tak pernah jadi dalam sejarah Malaysia. Orang muda
ada tempat dalam parti kita lebih daripada (parti) dahulu. Kita percaya parti
ini akan dipengaruhi oleh minda muda dan mereka ambil alih daripada pimpinan
sekarang,” katanya.
Mengenai perhimpunan agung tahunan (PAT) kedua parti itu
yang bermula semalam hingga Ahad, Dr Mahathir berkata pentadbiran parti itu
masih belum tersusun sepenuhnya kerana pemimpin-pemimpin parti Bersatu sekarang
dan yang akan hadir sewaktu PAT adalah yang dilantik sewaktu penubuhan parti
(penaja).
“ Kita akan tukar perlembagaan supaya kita boleh tubuh
cawangan dan bahagian supaya pemimpin cawangan dan bahagian dipilih ahli. Ada
juga cadangan setiap ahli pilih pemimpin secara terbuka (one member one vote),
tetapi kita dapati sistem itu terbuka kepada macam-macam masalah. Kerana itu
kita terbuka kepada perlembagaan yang lebih sesuai dengan parti. Saya
berpendapat bahawa ‘one member one vote’ susah sikit,” katanya.
Perhimpunan agung tahunan itu bermula malam tadi dengan
majlis perasmian persidangan sayap Srikandi dan Angkatan Bersatu Anak Muda
(Armada) oleh Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan hari ini kedua-dua
sayap bersidang. Malam ini, perasmian Perhimpunan Agung Bersatu akan
disempurnakan oleh Dr Mahathir dengan persidangannya esok.
Kira-kira 3,000 perwakilan dijangka menghadiri perhimpunan
agung tiga hari itu melibatkan 135 bahagian di seluruh negara, termasuk wakil
daripada 98 sayap Srikandi dan 115 Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).
– Bernama

Advertisement
Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago