Categories: Berita Lain

Rafizi dilantik naib presiden PKR


KUALA LUMPUR — Bekas Anggota Parlimen Pandan Rafizi
Ramli hari ini dilantik sebagai Naib Presiden PKR, selain dua lagi nama baharu
bagi memegang jawatan berkenaan.
Dua lagi naib presiden PKR yang dilantik ialah Anggota
Parlimen Tanjong Malim Chang Lih Kang dan Anggota Parlimen Saratok Ali Biju.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ketiga-tiga lantikan baharu ini akan menyertai tiga lagi
naib presiden parti yang dipilih pada Pemilihan PKR 2018 baru-baru ini, iaitu
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr A Xavier Jayakumar; Menteri Perumahan dan
Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin, dan Tian Chua.
Pelantikan mereka diumum Presiden PKR Datuk Seri Anwar
Ibrahim dalam satu kenyataan selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR
hari ini.
Turut diumumkan ialah pelantikan semula Menteri Perdagangan
Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
sebagai Setiausaha Agung, manakala Anggota Dewan Undangan Negeri Semambu Lee
Chean Chung sebagai Bendahari Agung baharu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sementara itu, jawatan Ketua Penerangan dan Setiausaha
Pengelola parti turut menyaksikan pelantikan nama baharu yang masing-masing
kini dipegang Anggota Parlimen Hang Tuah Jaya Datuk Seri Shamsul Iskandar Md
Akin dan Anggota Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad.
Selain itu enam lantikan anggota MPP baharu turut diumum
iaitu ADUN Machang Bubok Lee Khai Loon, Anggota Parlimen Ledang Syed Ibrahim
Syed Noh, Anggota Parlimen Sungai Siput S Kesavan, Faisal Sanusi, Rayyan Abdul
Rahim dan Raymond Ahuar.
Pelantikan lain yang diumum ialah jawatan Pengarah Strategi
PKR yang kini dipegang Anggota Parlimen Nibong Tebal Datuk Dr Mansor Othman,
dan pelantikan semula Anggota Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil sebagai
Pengarah Komunikasi parti.
Turut diumumkan ialah pelantikan Anggota Parlimen Segamat
Datuk Seri Dr R Santhara Kumar sebagai Timbalan Setiausaha Agung dan Timbalan
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Sim Tze Tzin serta S Manivanan,
masing-masing sebagai Timbalan Ketua Penerangan.
Anwar berkata pelantikan ini melambangkan gandingan pimpinan
dari seluruh pelusuk negara yang pelbagai kaum, umur, jantina yang merupakan
kekuatan PKR.
Tambahnya lagi, mesyuarat turut mencadangkan Tian Chua
mengetuai Jawatankuasa Keanggotaan dan Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon
Chye bagi mengetuai Jawatankuasa Sistem Pemilihan Parti. — Bernama

Advertisement
Leave a Comment

Recent Posts

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

3 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

5 days ago