Categories: Berita Lain

‘Di mana anda tahun lalu?’, Marina bidas Madah Lim Kok Wing kini memuji Dr Mahathir

Foto oleh NST

Perkongsian Lim Kok Wing di Twitter berhubung pesanan Dr
Mahathir Mohamad mendapat bidasan Marina Mahathir, yang juga merupakan anak
perempuan perdana menteri itu.
Lim yang merupakan pengasas Universiti Teknologi Kreatif
Limkokwing dan pernah menjadi pegawai strategik perhubungan awam Najib Razak
itu melalui satu ciapan berkata: “Betul kata Mahathir bahawa kita hanya
perlu tetapkan di dalam minda dan hati kita untuk mencapai matlamat dan negara
maju.”

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Marina kemudian mengecam ciapan berkenaan serta
mempertikaikan tindakan Lim sebelum pilihan raya umum (PRU) lalu yang membidas
ayahnya agara “tutup mulut”.
“Tolong
hentikannya @limkokwing! Di mana anda tahun lalu? Siapa yang menyuruh bapa saya
tutup mulut untuk menjaga legasinya?
“Jika Pakatan Harapan (PH) tidak menang (dalam PRU
ke-14), adakah anda akan datang ke rumah kami tanpa diundang pada Hari Raya
untuk meminta maaf? Hentikan,” tulis Marina.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Memetik laporan Malaysiakini lagi, beberapa pengguna Twitter yang merespons pertukaran ciapan
antara Marina dan Lim itu turut menuduh Lim sebagai “pembodek”.
Marina turut mendedahkan bahawa beliau
terkejut apabila mendapati Lim berada di dapur rumahnya ketika rumah terbuka
sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu.


Foto Malaysiakini

“Saya tak percaya apabila saya mendapati beliau (Lim)
terhendap-hendap di dapur kami,” tulisnya.
Pada 2015, Mahathir pernah menulis di blognya mengenai
seorang rakan yang cuba
memujuknya untuk berhenti mengkritik Najib yang ketika itu perdana menteri.
“Dia memberi amaran jika saya terus mengkritik, saya
akan hilang legasi saya, saya beritahu apa yang orang fikirkan tentang legasi
saya, adalah tidak penting. Saya bimbangkan apa yang terjadi di negara ini.
Reputasi baik kita telah tercemar.
“Beliau mengulangi beberapa kali bahawa saya akan
hilang legasi saya. Saya sangat menghargai kebimbangannya itu. Beliau merupakan
seorang rakan dan beliau prihatin tentang saya. Kita berpisah sebagai
kawan,” kata Mahathir ketika itu.

Advertisement
Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago