Categories: Berita Lain

Najib, Rosmah failkan permohonan membatalkan saman



KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, akan memohon untuk membatalkan saman dikemukakan terhadap mereka oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishan.
Deepak selaku pengarah syarikat Carpet Raya Sdn Bhd menyaman Najib dan Rosmah dengan menuntut ganti rugi berjumlah RM676 juta berhubung dakwaan penipuan beberapa transaksi membabitkan konspirasi jual beli tanah.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Peguam David Mathews yang mewakili Najib dan Rosmah, ketika ditemui pemberita selepas pengurusan kes saman itu hari ini, berkata pihaknya akan memfailkan permohonan untuk membatalkan saman berkenaan pada 7 Januari ini.
Peguam itu berkata, anak guam beliau sudah memfailkan penyataan pembelaan terhadap saman itu hari ini dan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azimah Omar menetapkan 14 Januari ini bagi pengurusan kes lanjut.
Hakim menetapkan tarikh itu dalam kamar beliau hari ini.
Sementara itu, peguam Irzan Iswat Mohd Nor yang mewakili Deepak berkata, dua lagi defendan iaitu syarikat Boustead Holdings Bhd dan Bakti Wira Development Sdn Bhd sudah memfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu.
Deepak memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan pada 12 Oktober lalu dengan menamakan Najib, Rosmah, Boustead iaitu syarikat hartanah dan anak syarikatnya, Bakti Wira, selaku defendan pertama hingga keempat.
Dalam pernyataan tuntutan, Deepak mendakwa beliau sebagai pengarah dan pemilik saham terbesar syarikat Astacanggih Sdn Bhd, menandatangani perjanjian dengan pengarah dan pemilik saham terbesar syarikat Awan Megah (M) Sdn Bhd, Raja Ropiaah Raja Abdullah, berhubung tiga bidang tanah seluas 181.9 hektar di Mukim Kapar, Klang dan Mukim Bukit Raja, Jajahan Petaling.
Beliau mendakwa, Astacanggih membayar deposit sebanyak RM13 juta kepada Awan Megah dan mengemukakan bon tanah daripada Kuwait Finance House (M) Bhd kepada Kerajaan Malaysia berjumlah RM72.5 juta.
Bagaimanapun dakwanya, Awan Megah melalui Raja Ropiaah gagal dan enggan memajukan geran asal tanah itu untuk didaftarkan pindah milik kepada Astacanggih.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Deepak mendakwa, berikutan penipuan dan pengaruh tidak wajar defendan pertama dan kedua, Astacanggih terpaksa akur menjual 80 peratus daripada keseluruhan saham dimilikinya dalam syarikat itu (Astacanggih) kepada Boustead Holdings melalui anak syarikatnya, defendan keempat.
Sehubungan itu, Deepak berkata dari segi undang-undang, tanah itu miliknya menerusi Astacanggih ketika beliau selaku pengarah dan pemegang saham majoriti syarikat itu apabila menandatangani perjanjian perolehan dengan Awan Megah melalui Raja Ropiaah.
-Berita harian

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

1 hour ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

1 day ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

1 day ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

2 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

2 days ago

Walaupun si suami pernah berkahwin 28 kali, isteri tua tetap setia disisi

JAKARTA -Isteri seorang ahli perniagaan di Indonesia membenarkan suaminya berkahwin lain selepas lelaki itu pernah… Read More

2 days ago