Categories: Berita Lain

Saman RM500 kepada perokok langgar arahan kali pertama


Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan saman RM500 terhadap
pelanggan yang melakukan kesalahan pertama dengan merokok di kawasan larangan
merokok di premis makanan.
Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata saman
itu akan dikeluarkan terhadap perokok yang masih berdegil selepas pendekatan
memberi amaran secara lisan terlebih dahulu kepada golongan berkenaan berakhir.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Bagi kesalahan kali pertama, perokok akan dikenakan
saman oleh pegawai penguat kuasa Pejabat Kesihatan Daerah di kawasan terbabit
dan perlu membayar saman itu dalam tempoh dua minggu.
“Sekiranya saman itu tidak dijelaskan dalam tempoh
tersebut atau perokok yang didapati mengulangi kesalahan yang sama, mereka akan
dikenakan denda sehingga RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun,”
katanya kepada pemberita ketika mengadakan lawatan kerja di Hospital Sultanah
Hajjah Kalsom di sini hari ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pada 6 Nov lalu, Dr Lee berkata pihaknya menggunakan pendekatan
memberi amaran terlebih dahulu kepada perokok dalam tempoh enam bulan selepas
larangan merokok di semua premis makanan yang dikuatkuasakan sejak 1 Jan lalu.
Sementara itu, Dr Lee berkata pihaknya kesal dengan insiden
seorang pelayan restoran yang ditampar oleh seorang pelanggan hanya disebabkan
menegur sekumpulan lelaki yang merokok di dalam sebuah restoran di Shah Alam,
Selangor, Selasa lalu.
Beliau menyifatkan tindakan pelanggan berkenaan yang
menampar pelayan restoran berusia 25 tahun itu sebagai tidak bertamadun hanya
kerana ditegur supaya tidak merokok di kawasan larangan.
“Kami serahkan (kes itu) kepada pihak polis untuk
melakukan siasatan dan tindakan lanjut terhadap individu tersebut kerana
perkara seperti itu tidak seharusnya berlaku,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Dr Lee berkata air paip yang telah
diproses menerusi loji rawatan air di Cameron Highlands selamat digunakan dan
Bahagian Kejuruteraan Kementerian Kesihatan melakukan pemeriksaan secara
berkala di setiap loji rawatan air di sini dan ia mematuhi standard kesihatan
yang telah ditetapkan.
“Ada penduduk di sini yang mengadu air di sini keruh,
namun air itu keruh disebabkan rangkaian pengedaran saluran paip air yang tidak
dijamin kebersihannya dan bukan dari loji rawatan air.
“Pensampelan rutin unit kawalan kualiti air minum
mendapati tiada pelanggaran racun perosak dicatatkan di rangkaian air awam
selama lima tahun di Cameron Highlands sejak 2014,” katanya dan menambah
air paip perlu dimasak terlebih dahulu sebelum selamat untuk diminum.
— Bernama

Advertisement
Leave a Comment

Recent Posts

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

24 hours ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

2 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

2 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

3 days ago

Walaupun si suami pernah berkahwin 28 kali, isteri tua tetap setia disisi

JAKARTA -Isteri seorang ahli perniagaan di Indonesia membenarkan suaminya berkahwin lain selepas lelaki itu pernah… Read More

3 days ago