Categories: Berita Lain

PAS yakin calon dari BN, sedia bekerjasama tawan Cameron Highlands



MARANG – Pas percaya calon dikemukakan BN dalam PRK Cameron Highlands pada 26 Januari nanti mampu meraih undi bagi membolehkan BN mengekalkan kerusi di Cameron Highlands.


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan persetujuannya dengan calon dikemukakan iaitu bekas pegawai polis, Ramli Mohd Nor yang bukan dari Umno atau mana-mana parti komponen BN.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Alhamdulillah kita setuju dengan calon yang dipilih. Beliau seorang pendakwah juga bekas pesara polis aktif dalam dakwah.


“Beliau juga daripada masyarakat Orang Asli dan merupakan calon yang sangat baik, malah kita akan bekerjasama,” katanya ketika ditemui media selepas berakhirnya khuliah dhuha di Masjid Rusila, di sini, pagi ini.


Ahli Parlimen Marang itu bukan sahaja yakin dengan pencalonan yang dibuat malah memberi jaminan akan membantu BN untuk mengekalkan kerusi Cameron Highlands pada PRK berkenaan.


“Rakyat juga akan menilai Kerajaan PH. Walaupun dah sampai hampir setahun mengambil alih kerajaan, namun cuma berapa peratus janji yang ditunaikan.


“InsyaALLAH kita yakin (dengan calon),” katanya.
Terdahulu, kepimpinan MIC turut bersetuju dan memberi laluan kepada BN untuk memilih calon dan sekaligus menutup sebarang spekulasi soal kerusi tersebut dirampas Umno.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Dalam pada itu, PH yang sudah mengumumkan calonnya iaitu M Manogaran daripada parti DAP sebenarnya pernah bertanding dua kali di kawasan ini dan kalah kepada calon MIC.


-sinar harian

Advertisement

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

15 hours ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

2 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

2 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

2 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

3 days ago

Walaupun si suami pernah berkahwin 28 kali, isteri tua tetap setia disisi

JAKARTA -Isteri seorang ahli perniagaan di Indonesia membenarkan suaminya berkahwin lain selepas lelaki itu pernah… Read More

3 days ago