Categories: Berita Lain

‘Saya tidak diberitahu mengenai lantikan Jamil’ – Muhyiddin



PUTRAJAYA – Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin beranggapan kerusi Ketua Pengarah Imigresen kosong selepas pelantikan Datuk Jamil Rakon bagi menggantikan Datuk Seri Mustafar Ali dibuat tanpa pengetahuannya.


“Sebenarnya saya tidak diberitahu mengenai lantikan (Jamil) itu kerana kebiasaanya jika ada kekosongan dalam kementerian, menteri akan dimaklumkan,” katanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Justeru katanya, beliau telah mengemukakan nama Datuk Khairul Dzaimee Daud untuk mengisi jawatan itu.


“Dengan itu, saya kemukakan nama dan mereka bersetuju.


“Jadi bagi saya tidak jadi masalah,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan Amanat Tahun Baharu KDN, di sini.


Khamis lalu, Jamil menerima Nota Serah Tugas sebagai Ketua Pengarah Imigresen baharu daripada Mustafar.


Bagaimanapun semalam, KDN mengumumkan lantikan Khairul Dzaimee berkuatkuasa hari ini.
KDN turut mengumumkan kedudukan Jamil dikekalkan sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan.


Sementara itu, Khairul Dzaimee ketika ditemui berkata, beliau terkejut dan rasa tercabar dengan tanggungjawab itu.


“Saya akan buat yang terbaik,” katanya yang enggan mengulas spekulasi bahawa lantikannya adalah sebagai kroni.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Khairul Dzaimee sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) kementerian itu sejak Julai 2018 dan berpengalaman dalam bidang pengurusan keselamatan dan imigresen.


-sinar harian

Advertisement

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

19 hours ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

3 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

4 days ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

6 days ago

Lelaki OKU Maut, Ibu Cedera Dalam Kejadian Samun

BUKIT MERTAJAM (Bernama) -- Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan meninggal dunia dengan keadaan… Read More

6 days ago

Menyamar jadi polis, tiga lelaki gari & samun ejen Forex RM25,000

Tular satu video baru-baru ini memaparkan seorang lelaki yang digari tangannya dan dipaksa untuk masuk… Read More

6 days ago