Categories: Berita Lain

‘Fahami sejarah negara agar kesilapan lampau tidak berulang’ – Tun M

    Foto oleh Bernama. 


PUTRAJAYA – Fahami sejarah supaya kesilapan lampau tidak diulangi dalam memastikan keamanan negara terus terpelihara, yang membolehkan kemajuan dikecapi dan kekayaan negara diagihkan secara adil dan saksama, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.


Beliau berkata jika tiga kaum utama di Malaysia bersama kaum-kaum di Sabah dan Sarawak dapat bertaut untuk ‘bekerja’, ‘tinggal’ dan ‘bermain’ bersama, negara akan lebih maju.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Selagi kita ingat sejarah kita dan liku-liku yang dijalani negara kita, maka negara kita akan terus aman. Apabila ia aman, kemajuan dapat dicapai dan kekayaan diagih antara semua kaum,” katanya semasa perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini, yang pertama pada tahun ini.


Dr Mahathir turut mengingatkan bahawa rusuhan atas faktor perkauman seperti yang berlaku pada tahun 1969 tidak akan membawa apa-apa faedah kepada sesiapapun.


Bagaimanapun katanya, walaupun kini tiada rusuhan, namun masih terdapat perpisahan antara kaum dan ini tidak selamat untuk negara.


Memetik kata-kata ahli falsafah terkenal George Santayana “sesiapa yang melupakan sejarah akan didera dengan mengulangi kesalahan mereka berkali-kali”, Dr Mahathir berkata itulah sebabnya semua pihak termasuk pegawai kerajaan dan ahli politik perlu tahu segala sejarah negara.


Menurutnya, Malaysia bertuah kerana pemimpin semua kaum bersetuju untuk bersama-sama membangunkan negara selepas mencapai kemerdekaan berbanding negara lain yang tidak mahu menerima kehadiran kaum dari negara lain.


Katanya, di sesetengah negara mereka yang menganggap diri mereka sebagai orang asal negara itu, tidak senang hati dengan kaum lain yang dikatakan kaum pendatang dan apabila kemerdekaan dicapai, kaum yang bukan terdiri daripada anak watan dihalau keluar.


Di sesetengah negara yang tidak mempunyai masalah perkauman pula, perpisahan antara golongan miskin dan kaya yang begitu ketara juga telah mencetuskan perbalahan sehingga berlaku rusuhan, katanya.


“Kita tak mahu negara ternampak terlalu kaya tetapi kekayaan negara tidak diagihkan secara adil kepada semua kaum,” katanya.


Perdana Menteri berkata itulah sebabnya kerajaan menumpukan usaha untuk membasmi kemiskinan terutamanya dalam kalangan bumiputera yang ramai hidup dalam kemiskinan di luar bandar berbanding mereka yang tinggal di bandar dengan kemudahan serba mencukupi.


“Menjadi tugas kita untuk menentukan negara dapat mengagihkan kekayaan secara sama rata, atau pada satu tahap yang boleh diterima semua masyarakat,” katanya.


Dr Mahathir berkata Malaysia bertuah kerana mencapai kemerdekaan tanpa melalui peperangan atau rusuhan dan pentadbiran negara diambil alih oleh pemimpin yang mempunyai pengalaman bekerja dengan penjajah British.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Beliau berkata di kebanyakan negara yang diambil oleh pemimpin yang menang atas dasar peperangan, kemajuan tidak dicapai dengan baik kerana mereka tidak memiliki ilmu dalam pentadbiran negara.


“Oleh kerana mereka tidak mempunyai pengalaman dalam bidang pentadbiran, biasanya kita lihat negara mereka tak ditadbir dengan baik, maka kerap kali terjadi pemerintahan kuku besi,” katanya.- Bernama

Advertisement

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

12 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago