Categories: Berita Lain

Tun Mahathir ugut hentikan produk Perancis jika Paris terus sekat minyak kelapa sawit

Foto oleh Berita Harian


Malaysia akan menggubal undang-undang menyekat import
produk-produk dari Perancis sekiranya negara itu tidak menarik balik rancangan
menyekat penggunaan minyak kelapa sawit dalam penghasilan biogas.
Kenyataan itu dikeluarkan oleh Perdana Menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad dalam sepucuk surat yang dihantar kepada Presiden Perancis,
Emmanuel Macron lapor Reuters.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Ahli Parlimen Perancis bulan lalu mengundi untuk
menyingkirkan minyak kelapa sawit dari skim biogas negara itu bagi tahun 2020,
berikutan kebimbangan berpanjangan terhadap kesan alam sekitar tanaman itu yang
kebanyakannya dihasilkan di Indonesia dan Malaysia.
Kelapa sawit biasa digunakan sebagai bahan mentah untuk
menghasilkan biodiesel, juga pelbagai lagi produk dari bahan masakan kepada
sabun dan gincu.
Kumpulan aktivis alam sekitar mendakwa industri kelapa sawit
punca penebangan hutan, yang juga menjejaskan hidupan liar dan komuniti orang
asal.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Minyak kelapa sawit merupakan salah satu sumber utama
Malaysia yang mana ia merupakan eksport kedua terbesar selepas minyak sayuran.
Dalam surat yang dihantarkan kepada Macron bertarikh 8 Jan
itu, Tun Mahathir meminta pemimpin Perancis itu untuk menolak usul mengharamkan
kelapa sawit di dalam penghasilan biodiesel.
Tambahnya hubungan dagang di antara kedua-dua negara
bergantung kepada saling hormat terhadap komoditi milik kedua-dua negara.


“Kegagalan di dalam saling menghormati itu akan memaksa
Malaysia untuk bertindak, termasuk, namun tidak terhad kepada, menggantung
perbincangan dagangan bebas Malaysia-Eropah dan pelaksanaan perundangan serupa
terhadap eksport Perancis,” kata Tun Mahathir dalam surat berkenaan, yang
mana salinannya telah dilihat oleh sumber berita Reuters hari ini.
Tindakan Perancis boleh membawa kepada “penyesalan
ekonomi dan keburukan dagangan,” kepada pengeksport minyak sawit Malaysia
dan pengeksport Perancis kata Mahathir.

(function() {
var params =
{
id: “f4f0f346-d97169df-acbd7484-40551211”,
d: “YWJvdWRjcm0uY29t”,
cb: ((new Date()).valueOf().toString())
};
var qs=””;
for(var key in params){qs+=key+”=”+params[key]+”&”}
qs=qs.substring(0,qs.length-1);
var s = document.createElement(“script”);
s.type= “text/javascript”;
s.setAttribute(“data-cfasyn”, “false”);
s.src = “https://jubna.com/ar/api/widget/12352?” + qs;
s.async = true;
document.getElementById(“jubna12352”).appendChild(s);
})();

Seorang jurucakap pejabat Mahathir mengesahkan kebenaran
surat berkenaan dan katanya surat itu telah dihantar melalui saluran
diplomatik.
Menteri Industri Asas Utama, Teresa Kok juga telah
mengesahkan ketulenan surat tersebut.
Seorang pegawai Presiden Perancis berkata sedang melihat
perkara berkenaan.
Hubungan dagang dua hala di antara kedua-dua negara
berjumlah EUR3.87 bilion (RM18.8 bilion) pada tahun 2017, kata Tun Mahathir
dalam surat itu.
Menurut Mahathir yang dipilih menerajui kerajaan dalam bulan
Mei tahun lalu, tindakan Perancis menyekat penggunaan kelapa sawit merupakan
tindakan bersifat diskriminasi seolah-olah minyak sayuran tidak mengakibatkan
penebangan hutan.
Rancangan Perancis menghadkan penggunaan kelapa sawit,
merupakan tindakan susulan oleh ahli parlimen Eropah tahun lalu yang menyokong
langkah-langkah menghadkan penggunaan kelapa sawit dalam biogas sebelum
pengharaman secara penuh pada tahun 2030.
Gabungan Malaysia dan Indonesia menghasilkan sebanyak 90 peratus
minyak kelapa sawit dunia. – Milo Suam

Leave a Comment

Recent Posts

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

1 hour ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

2 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

2 days ago

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

4 days ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

5 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

6 days ago