Categories: Berita Lain

Penambahan aset, penggantian kapal usang perlu agar pertahanan laut negara dalam tahap yang baik



KOTA KINABALU – Kemudahan perumahan anggota, penambahan aset dan penggantian kapal usang ialah antara perkara yang perlu dilakukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk memastikan pertahanan laut negara terus berada di tahap yang baik, kata Panglima Tentera Laut (PTL) Laksamana Datuk Mohd Reza Mohd Sany.


Beliau berkata penggantian kapal-kapal lama akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut keupayaan pihak kerajaan dan pihaknya akan mencari kaedah baharu bagi memastikan perbelanjaan yang lebih signifikan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Dalam usaha ini Armada Timur juga akan menerima beberapa aset baharu termasuk dua kapal misi pesisir (LMS) yang dijangka tiba menjelang hujung tahun ini.


“Kapal yang dilengkapi dengan sistem persenjataan angkatan laut moden itu mampu berdepan pelbagai cabaran semasa dan seterus meningkatkan semangat perwira di barisan hadapan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM),” katanya kepada pemberita selepas melawat Pangkalan TDLM, Sepanggar, sempena lawatan ulungnya ke Sabah, hari ini.


Turut hadir Panglima Armada Timur Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob dan Panglima Angkatan Kapal Selam Laksamana Muda Datuk Zulhelmy Ithnain serta Panglima Wilayah Laut 2, Laksamana Muda Datuk Sabri Zali.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Mohd Reza berkata TLDM sentiasa mengutamakan keperluan warganya kerana modal insan adalah faktor terpenting dalam mencorakkan masa depan agensi berkenaan selaku barisan pertahanan di perairan negara.


“Begitu juga berhubung kemudahan rumah yang menjadi keperluan khusus anggota TLDM. Apabila belayar, mereka tidak lagi perlu risau keluarga yang ditinggalkan dan sudah tentu dapat bekerja dalam keadaan motivasi yang sangat tinggi,” katanya.


Mengulas mengenai lawatan ulungnya ke Sabah, beliau turut melawat lima stesen luar pantai sekitar perairan Sabah untuk melihat kesiapsaigaan anggota yang bertugas di stesen berkenaan.

Advertisement

(function() {
var params =
{
id: “f4f0f346-d97169df-acbd7484-40551211”,
d: “YWJvdWRjcm0uY29t”,
cb: ((new Date()).valueOf().toString())
};
var qs=””;
for(var key in params){qs+=key+”=”+params[key]+”&”}
qs=qs.substring(0,qs.length-1);
var s = document.createElement(“script”);
s.type= “text/javascript”;
s.setAttribute(“data-cfasyn”, “false”);
s.src = “https://jubna.com/ar/api/widget/12352?” + qs;
s.async = true;
document.getElementById(“jubna12352”).appendChild(s);
})();



“Saya lihat keadaan di sana amat positif, anggota sentiasa bersiap sedia. Walaupun bertugas di kawasan yang mempunyai jarak ratusan batu di tengah laut perairan negara, namun semua anggota yang bertugas bermotivasi tinggi dan membanggakan,” katanya.


Beliau juga mengingatkan agar semua warga TLDM sentiasa mementingkan kesaksamaan, perpaduan, integriti dan disiplin yang tinggi semasa menjalankan tugas. 


– Bernama

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

18 hours ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

2 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

2 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

3 days ago

Walaupun si suami pernah berkahwin 28 kali, isteri tua tetap setia disisi

JAKARTA -Isteri seorang ahli perniagaan di Indonesia membenarkan suaminya berkahwin lain selepas lelaki itu pernah… Read More

3 days ago