Categories: Berita Lain

Isu vaksin – Jangan termakan hujah agama dan golongan bukan dari bidang perubatan



KUALA LUMPUR – Hujah agama, yang diguna pakai golongan profesional bukan daripada bidang perubatan dan penjual produk-produk alternatif, mengenai keburukan vaksin adalah antara punca ramai ibu bapa menolak pengambilan vaksin untuk kesihatan anak-anak mereka, kata seorang pakar perubatan kesihatan awam.


Prof Madya Dr Malina Osman dari Jabatan Mikrobiologi dan Parasitologi Perubatan Universiti Putra Malaysia berkata, ibu bapa yang termakan hujah kedua-dua golongan itu tidak lain hanya akan menyukarkan tugas kerajaan menangani kes penyakit kerintangan vaksin yang direkod meningkat saban tahun.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Ramai ibu bapa tertipu dengan hujah antivaksin oleh golongan berpendidikan namun bukan daripada bidang perubatan, mereka ini datang dari kepelbagaian latar belakang pengetahuan yang ditimba di luar dan dalam negara menyebabkan fakta-fakta kritikal berkaitan isu perubatan disalah tafsir (contohnya data berkaitan statistik dan inferen sesuatu penyelidikan) membuatkan masyarakat memandang vaksin membawa keburukan.


“Ini termasuklah hujah dipakai golongan penjual tidak bertauliah yang mempopularkan produk alternatif vaksin di pasaran, dan tak dinafikan di situ wujud unsur-unsur perniagaan yang mengutamakan keuntungan disandarkan atas nama kesihatan. Jika kita tengok di sebuah negara jiran sebelum ini, wujud sindiket penjualan vaksin palsu, jadi kita perlu ambil iktibar,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.


Beliau mengulas kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang berkata, wujud kumpulan dan individu yang menggunakan pelbagai platform termasuk media sosial untuk menyebarkan berita palsu mengenai keburukan vaksin terhadap orang ramai, seperti yang dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris, baru-baru ini.


Tambah Dr Malina, golongan antivaksin cenderung menggunakan hujah agama seperti isu penggunaan bahan tidak halal, sedangkan isu berkenaan telah lama diatasi menggunakan teknik kejuruteraan sel yang menghasilkan vaksin tanpa penglibatan haiwan yang haram di sisi syarak.


“Mereka cenderung mengklasifikasikan sebahagian besar bahan digunakan dalam vaksin berasal daripada bahan bertoksik dan haiwan yang haram di sisi syarak, walhal anggapan itu tanpa asas bukti penyelidikan yang kukuh.


“Kesemua vaksin yang dihasilkan perlu melalui sistem penghasilan yang ketat serta didokumenkan setiap proses, dos dan kesan sampingannya. Ujian klinikal melibatkan ribuan responden dari pelbagai kawasan geografi dan ia terbukti menghasilkan antibodi melawan penyakit berbahaya dengan izin Tuhan,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Tambah beliau, pendekatan terhadap perubatan bagi penganut beragama Islam perlulah menepati kaedah ditetapkan syarak antaranya mendahulukan kepentingan nyawa, yang penggunaan vaksin terbukti mampu melawan penyakit berbahaya seperti campak, batuk kokol dan tetanus atau penyakit kejang urat.


– Bernama

Advertisement

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

2 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

6 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago