Categories: Berita Lain

Program 1Masjid 1Polis diperluas ke seluruh negara Mac ini



KUALA LUMPUR – Program 1Masjid 1Polis (1M1P) akan diperluas ke seluruh negara Mac ini dalam usaha mengekang kejadian jenayah dan memastikan kawasan rumah ibadat itu selamat.


Pada masa ini sejumlah 6,047 masjid yang telah didaftar di bawah Majlis Agama Islam Terengganu dan Pahang telah melaksanakan program itu sejak 2012.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman Datuk Seri Rosli Ab Rahman berkata pihaknya akan melantik pegawai perhubungan di setiap masjid dan menyediakan peti lawatan polis bagi memastikan kehadiran polis sentiasa disedari.


Polis juga akan mewujudkan satu ruangan pada papan notis masjid untuk memuatkan maklumat dan berita tentang kepolisan.


“Setakat ini 1M1P dilihat berjaya mengekang jenayah seperti kes curi wang tabung dan curi motosikal di kawasan masjid,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Bernama baru-baru ini.


Beliau berkata dalam usaha memastikan kejayaan program kemasyarakatan itu, polis akan melaksanakan beberapa penambahbaikan sekali gus mewujudkan persekitaran selamat, meningkatkan penyaluran maklumat jenayah oleh masyarakat selain meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap polis.


Rosli berkata melalui proses pelaksanaan program itu, pegawai perhubungan melakukan lawatan dua kali sebulan untuk mendapatkan maklum balas keselamatan masjid dan maklumat jenayah, lawatan secara berkala serta mengaturkan reaching out yang dihadiri pegawai kanan polis.


Pasukan polis yang terdiri daripada kereta peronda polis (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang membuat rondaan turut diarah singgah di masjid di kawasan rondaan untuk menunaikan solat berjemaah sebagai usaha mendekatkan pasukan keselamatan dengan masyarakat, katanya.


Beliau berkata program seumpama itu juga akan dikembangkan di rumah ibadat agama lain termasuk gereja dan kuil.


“Polis sering membuat rondaan dan meletakkan peti lawatan polis di rumah ibadat lain namun setakat ini tidak melantik pegawai perhubungan,” katanya.


Sebelum ini terdapat beberapa laporan perbuatan khianat di masjid dengan yang terbaru ialah pada 28 Jan lepas apabila seorang lelaki ditahan kerana dipercayai cuba membakar masjid di Chendering, di Kuala Terengganu menggunakan mancis.


Rosli berkata program 1M1P itu adalah antara inisiatif Polis Diraja Malaysia mendekatkan diri dengan masyarakat melalui beberapa program bersama cegah jenayah dan keselamatan komuniti sekali gus mengurangkan kadar jenayah dan meningkatkan persepsi keselamatan.


“Melalui program kemasyarakatan itu saya dapati pandangan masyarakat kepada polis semakin positif…kalau dulu tengok polis rasa takut, tidak selesa tapi bila kami buat program, kami perhatikan masyarakat juga ingin bersahabat dengan polis,” katanya.


Beliau berkata tahun lepas JPJKK, yang ditubuhkan pada 1 Julai 2014 itu telah melaksanakan 399,429 program dan aktiviti kepolisan komuniti di seluruh negara dengan rangkaian tindakan kerjasama dengan masyarakat, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) sebagai rakan kolaborasi.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Antara yang dilaksanakan ialah program skuad Aman Wanita (AMANITA) yang menekankan hubungan serta kerjasama anggota polis wanita dengan suri rumah melibatkan 79,862 rakan AMANITA yang berdaftar dan mewujudkan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) untuk 2,408 sekolah menengah dan 7,772 sekolah rendah di seluruh negara.


“Kami turut bekerjasama dengan beberapa syarikat swasta seperti Shell dan Petron dalam mewujudkan 942 ‘Go-To-Safety-Points’ iaitu dengan menjadikan stesen minyak sebagai tempat mangsa jenayah mendapatkan pertolongan awal sementara menunggu kedatangan polis,” katanya.


– Bernama

Advertisement

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

22 mins ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

19 hours ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

6 days ago