Categories: Berita Lain

PLUS perkenal program WEP, beri peluang pekerjaan pada golongan wanita



DENGKIL – Pengendali lebuh raya, PLUS Malaysia Bhd memperkenalkan inisiatif Program Keusahawanan Wanita (WEP) yang memberi peluang kepada golongan wanita yang menetap di sekitar lebuh raya kendaliannya peluang perniagaan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R).


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika merasmikan WEP PLUS itu di kawasan R&R Dengkil di sini hari ini berkata program itu memberi manfaat kepada wanita terutamanya ibu tunggal yang tinggal berhampiran kawasan lebuh raya bagi menceburi bidang keusahawanan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Usaha PLUS itu, katanya membuktikan pihak swasta juga boleh memainkan peranan mereka memajukan masyarakat dalam apa yang dinamakan sebagai menyumbang semula kepada masyarakat.


Menurut Dr Wan Azizah, PLUS telah memberi peluang kepada 201 usahawan wanita yang mewakili 46 peratus daripada keseluruhan peniaga di 33 kawasan R&R dengan tujuh peratus daripadanya adalah ibu tunggal.


Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat turut menggesa pihak swasta membantu kerajaan dalam usaha meningkatkan penyertaan usahawan wanita dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS).


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“PKS adalah tulang belakang ekonomi Malaysia, dengan kira-kira 99 peratus perniagaan dalam kategori PKS. Daripada jumlah tersebut, sekitar 20 peratus perniagaan dimiliki, dikendalikan atau dikelolakan oleh wanita,” katanya.


PLUS dalam kenyataannya berkata sebanyak RM5 juta diperuntukkan dalam tempoh lima tahun bagi melaksanakan WEP merangkumi latihan, bimbingan mentor dan bantuan perniagaan kepada usahawan wanita.


Pengerusinya Tan Sri Datuk Mohd Sheriff Mohd Kassim dalam kenyataan itu berkata sasaran utama program adalah wanita yang tinggal di dalam lingkungan 30 kilometer dari lebuh raya seperti ibu tunggal, golongan berpendapatan rendah B40 dan mereka yang berumur antara 23 dan 36 tahun.


“Menerusi WEP ini, PLUS menyasarkan sebanyak 20 usahawan wanita baharu setahun dan dalam jangka masa lima tahun, seramai 100 usahawan wanita baharu akan dilahirkan,” katanya.


Mohd Sheriff berkata pendaftaran WEP akan dibuka pada 15 April ini dan pengambilan pertama akan bermula pada Ogos 2019. – Bernama

Advertisement

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

14 hours ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

2 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

2 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

2 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

3 days ago

Walaupun si suami pernah berkahwin 28 kali, isteri tua tetap setia disisi

JAKARTA -Isteri seorang ahli perniagaan di Indonesia membenarkan suaminya berkahwin lain selepas lelaki itu pernah… Read More

3 days ago