Categories: Berita Lain

Pencemaran Kimia: ATM Gerakkan Dua Tim


SUBANG, 14 Mac (Bernama) — Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggerakkan dua Tim iaitu Tim Tinjau ‘Chemical Biological, Radiological and Nuclear (CBRN)’ serta Tim Nyah Cemar CBRN untuk bantuan kepakaran pembersihan kawasan yang tercemar akibat pembuangan sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor, Khamis lepas.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Panglima ATM Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berkata tim CBRN itu terdiri daripada pasukan 12 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja berkekuatan seramai empat pegawai dan 21 anggota lain-lain pangkat diketuai Lt Kol Norhelmi Ismail.
Beliau berkata tim berkenaan dilengkapi dengan beberapa peralatan khusus iaitu ‘ChemPro Lightweigt Detector, Sampling Equipment, CBRN Protective Suit (complete), Tyvek Suit, Breathing Apparatus, Nitrile Glove dan N95 Mask’.
Zulkifli berkata selain tim CBRN, tim kedua adalah tim Nyah Cemar CBRN yang sedang bersiap sedia membantu pihak berkuasa melaksanakan tugas pembersihan kawasan tercemar bahan kimia beracun serta akan membantu pihak ‘Hazardous Materials Management (Hazmat)’ dalam pelaksanaan operasi di lokasi.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Kedua-dua tim itu telah tiba di Pasir Gudang pada petang tadi dan ATM akan mengkoordinasikan segala keperluan bencana di lokasi kejadian.
“Kesemua tim itu telah melapor di Pusat Kawalan Tempat Kejadian yang diuruskan Agensi Pengurusan Bencana Negara di Dewan Serbaguna Taman Pasir Putih di Pasir Gudang,” katanya pada sidang akhbar di Subang di sini, hari ini.
Selain itu, Zulkifli berkata tentera darat juga telah menghantar Tim Casualty Evacuation Unit dari 2 Batalion Ubat melibatkan seorang pegawai perubatan dan tiga paramedik bersama sebuah ambulans beri bantuan kepada semua tim terlibat.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“ATM akan memantau perkembangan pencemaran sungai Kim Kim dari semasa ke semasa dan bantuan akan diberi mengikut keperluan operasi,”katanya.
Kejadian pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim yang bermula pada 7 Mac lalu sehingga malam tadi telah menyebabkan lebih 1,000 orang awam dirawat di hospital manakala 111 sekolah dalam kawasan Pasir Gudang ditutup serta-merta bagi mengelakkan lebih ramai pelajar terjejas.
Sumber: BERNAMA

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

1 day ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

3 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

3 days ago

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

5 days ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

6 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

1 week ago