Categories: Berita Lain

Pegawai polis dimaklumkan Farid Kamil hentak kepala pada paip



PETALING JAYA – Seorang pegawai polis memberitahu Mahkamah Majistret di sini, hari ini bahawa pelakon dan pengarah filem, Datuk Farid Kamil mengalami kecederaan di bahagian dahi ketika ditahan di lokap Balai Polis Damansara tahun lepas kerana dia bertindak agresif.


Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Mohd Faizal Abdullah, 33, berkata pihak polis membawa suami kepada pelakon Diana Danielle itu ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada pukul 6.00 pagi, 13 Januari, tahun lepas untuk mendapatkan rawatan selepas dimaklumkan pelakon itu mengalami kecederaan sekitar pukul 4.00 pagi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Bagaimanapun, saya tidak nampak kejadian sebenar dan hanya dimaklumkan pengawal lokap yang melihat pelakon itu menghentakkan kepala pada kepala paip.


“Dia tidak menerima sebarang jahitan akibat kecederaan itu,” katanya menjawab soalan peguam mewakili Farid Kamil, Megat Syazlee Mokhtarom semasa pemeriksaan balas pada perbicaraan kes mendatangkan kecederaan dan berkelakuan tidak senonoh yang dihadapi Farid Kamil.


Saksi pendakwaan kelima itu berkata, pengawal lokap juga meminta Farid Kamil untuk berhenti bertindak sedemikian kerana mengganggu tahanan lain di dalam lokap.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Mohd Faizal bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa keadaan diri Farid Kamil (yang bertindak agresif) ketika kejadian seperti tidak sedar atau tidak waras.


Megat Syazlee: Setuju dengan saya bahawa keadaan Farid seperti separa sedar ketika kejadian itu berlaku?


Mohd Faizal: Tidak setuju.


Megat Syazlee: Kamu ada menghantar tertuduh (Farid Kamil) pergi membuat ujian air kencing kerana kamu curiga bahawa dia di bawah pengaruh dadah?


Mohd Faizal: Ya


Peguam itu juga bertanya jika Mohd Faizal ada membuat semakan pada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di dalam Balai Polis Trafik Kota Damansara, saksi itu menjawab ‘tidak, kerana tiada CCTV di balai tersebut.


Pada 16 Januari 2018, Farid Kamil mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan iaitu dua pertuduhan mendatangkan cedera, menggunakan kekerasan jenayah dan berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan perkataan kurang sopan di Balai Polis Trafik Kota Damansara.


Perbicaraan di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham bersambung 23 April hadapan. – Bernama

Advertisement

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago