Categories: Berita Lain

Tragedi solat Jumaat Christchurch: Netizen ‘serang’ senator Australia, digelar menjijikkan

NETIZEN Malaysia membuktikan solidariti dalam segala hal,
bukan sahaja tentang isu remeh, malah isu-isu semasa.
Terbaharu, Ahli Parlimen Australia, Fraser Anning, menerima
padah apabila memuat naik kenyataan yang berbaur menyalahkan komuniti Islam
sebagai punca tragedi berdarah di dua buah masjid di Christchurch.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Di Facebook, ratusan komen diterima Anning dan separuh
daripadanya adalah daripada rakyat Malaysia, lapor portal Astro Awani.
Kebanyakannya sudah mula menekan butang report dan meminta
yang lain agar melakukan tindakan sama untuk membolehkan Facebook mengambil
tindakan ke atas Anning.
Turut memberi reaksi terhadap kenyataan Anning ialah Ahli
Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.



(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Anning memuat naik status ke akaun laman sosial dengan
berkata kejadian tembakan itu berpunca daripada dasar migrasi New Zealand.
“Saya menentang apa-apa bentuk keganasan dalam
masyarakat kita.
“Bagaimanapun, apa yang menjadi tumpuan adalah
ketakutan yang semakin meningkat di dalam komuniti kita, baik di Australia dan
New Zealand, dengan peningkatan masyarakat Muslim.
“Seperti biasa, ahli politik sayap kiri dan media akan
tergesa-gesa untuk mendakwa bahawa punca tragedi hari ini terletak pada
undang-undang senjata atau mereka yang berpandangan nasionalis tetapi itu tidak
masuk akal.
“Sebab sebenar pertumpahan darah ini adalah program
imigresen yang membolehkan orang Islam datang dan bermaustautin di New
Zealand,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Memetik mStar Online, rata-rata orang ramai meninggalkan komen berasa marah dengan kenyataan
Anning dan terkejut bahawa kata-kata itu datang daripada seorang senator
Australia.

Advertisement

Julie Kidd berkata: “49 nyawa yang tidak bersalah
dibunuh sewaktu solat dan ini adalah tindak balas Anning.

“Anda tidak mempunyai tempat di Parlimen kami atau
bahkan berjalan dalam kalangan manusia. Anning, anda membuatkan kami berasa
malu.”
Sementara itu, Sam Weingott menambah: “Ada orang yang
mati pada hari ini (Jumaat). Mereka baru sahaja menjalani kehidupan harian
seperti biasa, tanpa kesan atau kekejaman. Anda selamat. Anda bukan orang yang
baik.”
Manakala, Vickie Angel pula berkata: “Malulah kamu
Fraser Anning kerana menggunakan tragedi ini untuk tujuan politik.
Menjijikkan.”
Menurut laporan oleh news.com.au, Senator Anning
mengeluarkan kenyataan media awal hari ini yang dikutuk secara meluas di media
sosial.
Beliau berkata bahawa serangan itu menunjukkan
“ketakutan yang semakin meningkat terhadap kehadiran umat Islam yang
berkembang” dalam komuniti Australia dan New Zealand.

Leave a Comment

Recent Posts

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

3 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

8 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago