Categories: Berita Lain

AG sahkan AS pulangkan RM236 juta yang disita dari syarikat penerbitan filem milik anak Rosmah

Riza Aziz – Foto oleh The Star

MALAYSIA telah menerima pemindahan wang sebanyak AS$57 juta
(RM236 juta) dari Amerika Syarikat (AS) yang didakwa diselewengkan dari
1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Wang berkenaan disita dari syarikat penerbitan filem Red
Granite Pictures milik anak tiri bekas Perdana Menteri, Riza Aziz yang didakwa
menerbitkan filem menggunakan dana 1MDB.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Peguam Negara, Tommy Thomas yang mengesahkan perkara itu
berkata, pemindahan pertama dana yang dipulangkan sebanyak AS$57,036,688.68
telah dikreditkan ke dalam akaun pemulihan aset 1MDB iaitu sebuah akaun amanah
yang dibuka secara khusus untuk tujuan ini.
“Jumlah ini disita dari Red Granite Pictures, sebuah
syarikat pembikinan filem yang berpangkalan di AS yang dikaitkan dengan mantan
Perdana Menteri, Najib Razak dan anak tirinya, Riza Aziz dan lanjutan daripada
penyelesaian sebanyak AS$60 juta yang direkodkan di Mahkamah California,”
katanya.
Red Granite Pictures yang diasaskan oleh Riza pernah
menerbitkan filem Hollywood antaranya “Wolf of Wall Street” yang
dibintangi oleh Leonardo DiCaprio.
Filem berkenaan juga didakwa dibiayai dengan dana 1MDB yang
diseleweng.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sebagai sebahagian daripada penyelesaian, Red Granite
Pictures bersetuju membayar AS$60 juta tanpa mengakui sebarang liabiliti atau
salah laku.
Thomas berkata sejumlah AS$3 juta ditolak untuk membayar
semula kos-kos yang telah dibelanjakan oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) AS dan Biro
Penyiasatan Persekutuan (FBI) untuk menyiasat, menyita, membicarakan dan
mencapai peyelesaian untuk dana Red Granite.
“Juga termasuk dalam penolakan ini ialah kos-kos yang telah
dibelanjakan oleh DOJ dan FBI untuk menyiasat, menyita dan memelihara
Equanimity semasa kapal tersebut ditahan di perairan Indonesia sebelum dibawa
ke perairan negara ini,” katanya. – Agensi/Astro Awani

Advertisement
Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago