Categories: Berita Lain

Menteri Pengangkutan umum peraturan baru cermin kereta gelap


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook telah
mengatakan pada bulan November lalu bahawa akan ada peraturan baharu terhadap
penggunaan cermin gelap. Beliau juga melaporkan terdapat garis panduan telah
diubah beberapa kali oleh kerajaan sebelumnya.
Semalam Menteri Pengangkutan
mengatakan kepada pihak media bahawa akan mengadakan pertemuan dengan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Antony seterusnya mengatakan bahawa akan
membuat satu sidang media khas (hari ini) untuk mengumumkan perkara tersebut.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Sebentar tadi, telah berlangsungnya sidang media mengenai
perkara tersebut. Menteri Pengangkutan, YB Loke Siew Fook mengumumkan pindaan
ke atas peraturan baru lapisan filem atau cermin gelap ke atas kenderaan motor
dalam satu sidang media di Kementerian Pengangkutan Malaysia di sini hari ini.
Menurutnya, peraturan yang sedia ada menetapkan ketelusan
cahaya tampak bagi bahagian cermin hadapan kenderaan adalah 70%, bagi cermin
sisi kiri dan kanan adalah 50% manakala cermin sisi kiri dan kanan serta cermin
belakang penumpang adalah 30%.
Pindaan yang terbaharu adalah ketelusan cahaya tampak
menerusi cermin sisi kiri dan kanan penumpang serta cermin belakang kenderaan
boleh dikurangkan daripada 70% manakala cermin hadapan dan cermin sisi kanan
dan kiri pemandu masih kekal seperti sedia ada.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Tambahnya lagi, kebenaran ini hanyalah untuk kenderaan motor
milik persendirian sahaja. Kenderaan motor yang didaftar dan digunakan untuk
pengangkutan awam dan barangan, kadar ketelusan cahaya tampak tidak boleh
kurang dari 70%.
Bagi yang ingin menggunakan cermin yang lebih gelap dari
peraturan yang dimaklumkan, boleh membuat permohonan atas sebab-sebab khusus
seperti faktor keselamatan atau faktor kesihatan.
Beliau turut memaklumkan, bagi setiap permohonan yang
dikemukan di atas faktor keselamatan akan dikenakan fi sebanyak RM50 bagi dan
setiap permohonan yang lulus akan dikenakan fi sebanyak RM5,000 bagi dua (2)
tahun. Individu yang telah diluluskan penggunaan cermin lebih gelap hendaklah
memohon semula apabila tempoh sah laku tamat dan akan dikenakan fi yang sama
dalam setiap permohonan.
Bagi permohonan pengecualian di atas faktor kesihatan
hendaklah mendapatkan pengesahan bertulis daripada pakar perubatan Kerajaan dan
akan dikecualikan daripada sebarang kenaan fi.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan
Malaysia, YBhg. Datuk Mohd Khairul Adib bin Abd Rahman, dan Ketua Pengarah
Pengangkutan Jalan Malaysia, YBhg. Dato’ Sri Shaharuddin bin Khalid,
Sumber : Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia/Siakap Keli

Advertisement
Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago