Categories: Berita Lain

Tak perlu ikut arahan saya, bebas lakukan apa yang terbaik untuk negara – Tun M

foto sumber internet



WAWANCARA | Sebelum kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam PRU ke-14 lagi isu pengganti Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri hangat diperkatakan. Ketika itu Presiden PKR Anwar Ibrahim masih dalam penjara.


Setahun berlalu dan spekulasi itu terus ada, termasuk dalam parti komponen PH sendiri. Ini di sebalik jaminan berulang kali oleh Mahathir bahawa beliau akan menghormati persetujuan untuk menyerahkan kuasa kepada Anwar selepas dua tahun.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Dalam wawancara khas bersama media sempena ulang tahun pentadbiran PH, Mahathir sekali lagi memberi jaminan itu dan malah berkata Anwar akan bebas dalam peranannya sebagai perdana menteri nanti.


“Saya telah berpegang kepada janji bahawa akan letak jawatan dan beri laluan kepada Anwar, ia perkara yang agak pasti. Tiada perbincangan tentang siapa yang akan jadi pengganti saya atau apa yang akan dilakukan,” kata pengerusi PH itu.


“Dia (Anwar) tidak perlu mengikut arahan saya atau ikut apa yang telah saya lakukan. Dia bebas untuk buat apa yang difikirnya terbaik sebagai perdana menteri…,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Ketika itu, katanya lagi, beliau tidak akan campur tangan lagi dalam pentadbiran negara.


“Tugas saya ialah menyediakan negara agar ia boleh diambil alih oleh pengganti saya,” katanya.


Kembalinya Mahathir sebagai perdana menteri tahun lalu disambut dengan sokongan orang ramai. Pada masa sama pihak yang tidak setuju dengan perkara itu mendakwa beliau tidak banyak berubah berbanding ketika 22 tahun mentadbir negara sebagai perdana menteri keempat.


Ramai, termasuk dalam PH sendiri, ragu dengan pelan peralihan kuasa itu memandangkan beliaulah yang memecat Anwar daripada jawatan timbalan perdana menteri yang mencetuskan gerakan reformasi.


Awal tahun ini, ada khabar angin mengatakan rombakan kabinet akan dibuat dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali akan dilantik sebagai timbalan perdana menteri.


Langkah itu dikatakan sebahagian daripada rancangan Mahathir untuk menyekat Anwar. Namun rombakan itu kekal sebagai khabar angin.


Anwar berulang kali berkata beliau tidak tergesa-gesa untuk mengambil tempat itu. Beliau juga menyifatkan khabar angin itu sebagai usaha menegangkan hubungan antara parti komponen PH.


Ketika wawancara yang diadakan di Pejabat Perdana Menteri itu, Mahathir sekali lagi menegaskan beliau tiada hasrat untuk merombak kabinetnya kerana anggotanya menunjukkan pencapaian yang memuaskan.


Katanya, kerajaan akan menegakkan kedaulatan undang-undang dan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara.


“Ketika kami melihat sesuatu yang melanggar undang-undang, kami kena pastikan langkah pembetulan diambil.


“Tentulah keputusannya mungkin tidak dialu-alukan sesetengah orang tetapi hakikatnya itulah undang-undang, dan kita perlu mematuhinya,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan berkenaan hubungan kerajaan dengan institusi diraja.


‘Tiada ketegangan dengan Sultan Johor’


Mahathir menegaskan kerajaan persekutuan tiada masalah dengan Raja-raja Melayu, termasuk Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.


“Saya tidak lihat apa-apa (masalah) kerana ketika pertemuan dengan Sultan Ibrahim, Sultan Ibrahim yang memandu saya ke lapangan terbang,” katanya.


Beliau berkata demikian walaupun memberikan kritikan pedas kepada Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim beberapa hari lalu.


Pada Januari lalu, Mahathir dilaporkan mengadap Sultan Ibrahim di Istana Bukit Serene di Johor Bahru. Sultan Ibrahim kemudian memandu kereta Proton Saga generasi pertama untuk membawanya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

Advertisement

(function() {
var params =
{
id: “f4f0f346-d97169df-acbd7484-40551211”,
d: “YWJvdWRjcm0uY29t”,
cb: ((new Date()).valueOf().toString())
}; 
var qs=””;
for(var key in params){qs+=key+”=”+params[key]+”&”}
qs=qs.substring(0,qs.length-1);
var s = document.createElement(“script”);
s.type= “text/javascript”;
s.setAttribute(“data-cfasyn”, “false”);
s.src = “https://jubna.com/en/api/widget/12352?” + qs;
s.async = true;
document.getElementById(“jubna12352”).appendChild(s);
})();



Pertelingkahan terbaru antara Mahathir dengan Tunku Ismail tercetus selepas Tunku Ismail berkata banyak sumbangan bapanya tidak disebut.


Ia selepas pendedahan berkenaan tanah persekutuan untuk Sistem Transit Aliran Johor–Singapura (RTS) yang dipindah milik ke atas nama Sultan Ibrahim.


Sultan Ibrahim kemudian berkata sedia untuk menyerahkannya kembali tanpa sebarang kos.


-Malaysiakini

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

5 hours ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

1 day ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

3 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

3 days ago

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

5 days ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

6 days ago