Categories: Berita Lain

Ugut ketua polis, pemimpin PH harus tunjuk contoh baik, jangan rasa diri hebat

foto sumber internet



KUANTAN, 22 Mei — Pakatan Harapan (PH) Pahang akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat dakwaan seorang pemimpin bahagian salah sebuah parti komponennya mengugut Ketua Polis Daerah Jerantut. 


Pengerusinya Fuziah Salleh berkata mereka mahu siasatan dijalankan dengan telus dan tanpa rasa takut atau pilih kasih kerana menghormati prisip keadilan dan undang-undang. 

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Apa yang salah tetap salah. Kita tidak dikecualikan dari undang-undang, apatah lagi sebagai seorang pemimpin, kita harus menjadi contoh kepada rakyat, jadi kami memberikan ruang secukupnya kepada polis untuk menyiasat. 


”Saya mengingatkan semua pemimpin PH untuk menunjukkan contoh yang baik. Jangan rasa kita hebat atau besar kerana sikap sedemikian salah. Sentiasa merendah diri seperti pepatah ular menyusur akar tidak hilang bisanya,” katanya. 


Fuziah yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata demikian semasa ditemui di Majlis Tadarus al-Quran dan Iftar Jama’ie Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Pahang 2019 di Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan di sini, semalam. 


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Beliau berkata demikian semasa mengulas laporan penahanan seorang pemimpin parti DAP berusia 53 tahun Ahad lepas, bagi membantu siasatan dakwaan mengugut Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Mazlan Hassan menerusi pesanan WhatsApp yang didakwa berlaku pada Khamis lalu. 


Suspek dikatakan berbuat demikian kerana tidak berpuas hati dengan tindakan polis Ibu Pejabat Daerah Jerantut merampas dan menahan rokok serta minuman keras tidak bercukai, yang dijual seorang lelaki yang juga memegang jawatan dalam parti. 


Suspek bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas tamat proses rakaman percakapannya pada petang Ahad lalu. 


Fuziah berkata mengetahui mengenai insiden itu pada malam Ahad, dan telah berhubung dengan Pengerusi DAP Pahang Leong Ngah Ngah untuk mendapatkan penjelasan. 

Advertisement

(function() {
var params =
{
id: “f4f0f346-d97169df-acbd7484-40551211”,
d: “YWJvdWRjcm0uY29t”,
cb: ((new Date()).valueOf().toString())
}; 
var qs=””;
for(var key in params){qs+=key+”=”+params[key]+”&”}
qs=qs.substring(0,qs.length-1);
var s = document.createElement(“script”);
s.type= “text/javascript”;
s.setAttribute(“data-cfasyn”, “false”);
s.src = “https://jubna.com/en/api/widget/12352?” + qs;
s.async = true;
document.getElementById(“jubna12352”).appendChild(s);
})();



”Kita minta beliau siasat apa yang berlaku dan mahu melihat apa tindakan seterusnya parti terlibat. Tapi saya akui perkara itu ada dibincangkan dalam PH Pahang,” katanya. — Bernama

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

20 hours ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

3 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

3 days ago

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

5 days ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

6 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

7 days ago