Categories: Berita Lain

MB Johor tolak jawatan setiausaha negeri yang ditawarkan Bersatu

foto sumber internet



JOHOR BARU, 26 Mei — Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Tebrau, Mazlan Bujang semalam memulakan tugas secara rasmi sebagai Pengerusi Bersatu Johor yang baharu.


Mazlan yang ditemui pemberita di Pejabat Bersatu Bahagian Tebrau di Taman Daya, di sini, melahirkan kesyukuran dan terima kasih kepada Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad, serta Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin atas kepercayaan melantik beliau sebagai pengerusi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Saya berjanji akan berusaha sedaya upaya untuk memperkukuhkan Bersatu Johor, supaya berada di landasan terbaik.


“Pelantikan saya sebagai Pengerusi Bersatu Johor adalah bertarikh 24 April lepas, namun saya memulakan tugas rasmi berkuatkuasa hari ini,” katanya.


Mazlan yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Puteri Wangsa dan bekas Bendahari Bersatu Johor berkata selaras dengan peruntukan 16.3 Perlembagaan Bersatu, beliau melantik Ketua Bersatu Bahagian Ledang Mohd Solihan Badri sebagai Setiausaha Bersatu Johor yang baharu menggantikan Datuk Dr Sahruddin Jamal.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Mohd Solihan, yang juga Adun Tenang sebelum ini merupakan Pengarah Media Bersatu Johor.


Menurut Mazlan, Adun Larkin Mohd Izhar Ahmad pula dilantik sebagai Bendahari Bersatu Johor, Ketua Bersatu Bahagian Pulai Ya’cob Atan sebagai Ketua Penerangan, manakala Ketua Bersatu Bahagian Sekijang Uzzair Ismail sebagai Pengarah Media.


Katanya, jawatan Timbalan Pengerusi Bersatu Johor kekal disandang Ketua Bersatu Bahagian Iskandar Puteri Senator Ir Nasir Hashim selaras peruntukan Fasal 16.2 Perlembagaan Bersatu Malaysia.


Menurut Mazlan, beliau ada menawarkan kepada Dr Sahruddin, yang juga Menteri Besar Johor supaya kekal menyandang jawatan Setiausaha Bersatu Johor.


“Namun, saya dimaklumkan menerusi Solihan bahawa Dr Sahruddin sendiri menolak jawatan berkenaan (Setiausaha) demi menumpukan kepada pentadbiran kerajaan negeri.


“Tetapi, di dalam mesyuarat Bersatu negeri, kita akan jemput beliau (Dr Sahruddin) untuk turut hadir nanti,” katanya.

Advertisement

(function() {
var params =
{
id: “f4f0f346-d97169df-acbd7484-40551211”,
d: “YWJvdWRjcm0uY29t”,
cb: ((new Date()).valueOf().toString())
}; 
var qs=””;
for(var key in params){qs+=key+”=”+params[key]+”&”}
qs=qs.substring(0,qs.length-1);
var s = document.createElement(“script”);
s.type= “text/javascript”;
s.setAttribute(“data-cfasyn”, “false”);
s.src = “https://jubna.com/en/api/widget/12352?” + qs;
s.async = true;
document.getElementById(“jubna12352”).appendChild(s);
})();



Mazlan dalam pada itu berkata beliau akan menumpukan usaha terhadap pengukuhan perpaduan parti, menguatkan sokongan akar umbi serta menarik lebih ramai keanggotaan baharu bagi meningkatkan jumlah keanggotaan parti itu di negeri ini yang mencatatkan seramai 29,942 orang setakat Disember lepas. — Bernama

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

8 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

9 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

1 day ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago