Categories: Berita Lain

K’jaan tamatkan kontrak RM10.4 bilion EPCC bagi projek saluran paip

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. – Foto oleh Utusan

Kontrak kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pengoperasian (EPCC) bagi dua projek saluran paip serta kontrak-kontrak lain yang berkaitan bernilai RM10.4 bilion telah ditamatkan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Sehubungan itu, beliau berkata Jabatan Peguam Negara (AGC) yang mewakili kerajaan, sedang berunding dengan pihak kontraktor China bagi menentukan jumlah pampasan yang perlu dibayar oleh Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER), serta jumlah bayaran yang telah dibuat yang perlu dipulangkan semula oleh pihak kontraktor kepada syarikat.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

SSER ialah anak syarikat Kementerian Kewangan yang dilapor membayar RM8.3 bilion atau 88 peratus daripada RM9.4 bilion kontrak EPCC bagi dua projek saluran paip iaitu Saluran Paip Pelbagai Produk (MPP) dan Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP), walaupun hanya 13 peratus kemajuan kerja yang telah dicapai itu masih tidak dapat diaudit dan belum disahkan.
“AGC mewakili kerajaan dalam rundingan ini dan akan mengesyorkan langkah seterusnya,” kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.
Kontraktor yang berpangkalan di China itu adalah China Petroleum Pipeline Engineering Company Ltd (CPPE) dan Huanqiu Project Management (Beijing) Co Ltd (HQPMC).
Menurut Lim, kontrak melibatkan MPP dan TSGP itu bernilai RM10.4 bilion, merangkumi RM9.40 bilion bagi kontrak EPCC, RM688 juta bagi perjanjian perkhidmatan perundingan dan RM312 juta untuk perundingan pengurusan projek.
“Daripada RM9.4 bilion kontrak EPCC bagi MPP dan TSGP, 85 peratus daripada kos itu digunakan untuk membiayai pinjaman selama 20 tahun bernilai 12.9 bilion yuan (kira-kira RM7.81 bilion) daripada Exim Bank, China dengan kadar faedah 3.25 peratus setahun.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Pinjaman tersebut dijamin kerajaan,” kata Lim dan menurutnya, 11.32 juta yuan (kira-kira RM6.87 juta) daripada pinjaman itu telah digunakan.
Selain itu, Lim berkata SSER juga telah mengambil kredit pusingan bernilai RM1.2 bilion daripada CIMB Bank.
“Fasiliti kredit ini sepatutnya dibayar sepenuhnya pada Julai 2019. SSER dan CIMB sedang berbincang untuk membolehkan SSER hanya membayar RM600 juta tahun ini dan seterusnya melunaskan baki pinjaman pada 2020,” katanya.
Fasiliti kredit pusingan RM1.2 bilion itu menanggung kadar faedah 4.2 peratus setahun bagi tempoh 18 bulan.
– Bernama

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

3 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

4 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

5 days ago