Categories: Berita Lain

Waran tangkap terhadap Hasanah dibatalkan


Waran tangkap terhadap bekas Ketua Pengarah Organisasi
Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Hasanah Abdul Hamid yang berdepan tuduhan pecah
amanah wang kerajaan berjumlah RM50.4 juta, dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur hari ini.
Hakim Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas
mendengar hujahan peguam Hasanah, Shaharudin Ali dan Timbalan Pendakwa Raya
Muhamad Iskandar Ahmad.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Sequerah juga memerintahkan Hasanah dan seorang daripada dua
penjaminnya hadir di mahkamah semasa pengurusan kes. Hasanah dan dua
penjaminnya hadir di mahkamah hari ini.
Waran tangkap itu dikeluarkan oleh Sequerah pada 24 Mei
lalu, selepas Hasanah dan dua penjaminnya gagal hadir di mahkamah semasa
pengurusan kesnya tanpa memberi sebarang alasan.
Terdahulu, Shaharudin memberitahu mahkamah anak guamnya
mengemukakan permohonan maaf kerana gagal hadir semasa pengurusan kes pada 24
Mei lepas.
Beliau berkata ini kerana Hasanah tidak dimaklumkan oleh
peguamnya untuk hadir ke mahkamah bagi pengurusan kesnya dan tambahan pula
peguamnya lupa memaklumkan kepada beliau, kerana ia hanya pengurusan kes.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Dengan kedudukan itu, kami dengan ini berhujah bahawa
pengurusan kes bukanlah satu perbicaraan, dan tiada asas undang-undang untuk
mengeluarkan waran tangkap terhadap tertuduh dalam pengurusan kes.
“Tambahan pula, tidak ada keperluan mendesak untuk
mengeluarkan waran tangkap apabila tertuduh telah mengemukakan jaminan
RM500,000 secara sah,” katanya.
Muhamad Iskandar dalam hujah balasnya berkata berdasarkan
Seksyen 172B Kanun Tatacara Jenayah, kehadiran tertuduh dalam pengurusan kes
termaktub dalam undang-undang.
Hasanah didakwa sebagai seorang penjawat awam iaitu Ketua
Pengarah Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri melakukan pecah amanah wang
berjumlah AS$12.1 juta (RM50.4 juta) milik kerajaan antara 30 April lalu dan 9
Mei tahun lepas di pejabat Ketua Pengarah, Bahagian Penyelidikan Jabatan
Perdana Menteri, Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan Putrajaya.
Pertuduhan ke atasnya dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun
Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan
serta denda, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan ditetapkan 3 Feb tahun depan. – Bernama

Advertisement
Leave a Comment

Recent Posts

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

1 day ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

2 days ago

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

4 days ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

5 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

6 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

6 days ago