Categories: Terkini

Datanglah untuk belajar di Malaysia – Mahathir Mohamad

Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad menggalakkan pelajar antarabangsa di luar sana, yang menimbangkan tentang perjalanan mereka dalam pendidikan, supaya datang dan belajar di Malaysia.

Mahathir berkata Malaysia menawarkan sistem pendidikan swasta dan awam yang seimbang yang terbukti yang berjaya menghasilkan graduan yang cemerlang dalam kerjaya mereka.

Loading…

“Pelajar yang belajar di luar negara merupakan peneroka dan kami berada di bahagian yang menakjubkan di dunia di mana banyak kebudayaan bersama wujud harmoni, di mana anda akan mendapati adat dan tradisi yang luar biasa, makanan yang eksotik dan indah serta dinamik sosial yang mengagumkan.

“Anda akan mendapati bahawa anda benar-benar menyerapkan diri dalam gaya pendidikan yang berbeza dan ini adalah cara terbaik untuk benar-benar merasai pengalaman dan memahami rakyat, tradisi dan budaya,” katanya dalam video di Facebook hari ini.

Advertisement

Mahathir menyatakan bahawa belajar di luar negara adalah penting untuk menjadi warga dunia yang berjaya dan menekankan bahawa pendidikan adalah penting untuk pembangunan negara, rakyatnya, ekonomi dan masyarakat.

“Di tempat kerja hari ini, nilai yang tinggi diberikan kepada pengalaman sebenar dengan dunia di luar sempadan anda, pengalaman yang sangat berbeza dari anda sendiri,” katanya.

Beliau percaya bahawa pelajar antarabangsa akan mendapati pengalaman belajar di Malaysia sebagai perjalanan yang berbaloi dan dihargai jika mereka bercadang untuk belajar di negara ini. — Bernama

Advertisement
Hakimi

Menulis demi berkongsi sesuatu bermanfaat dengan masyarakat. “Words are free, but how you use it will makes a different…”

Leave a Comment

Recent Posts

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

11 hours ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

3 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

3 days ago

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

6 days ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

7 days ago