Categories: Terkini

Hormati keputusan PM atas pelantikan Latheefa

ARAU, 10 Jun — Setiap pihak hendaklah menerima dan menghormati keputusan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung pelantikan Latheefa Beebi Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu, kata Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Mukhriz, yang juga Menteri Besar Kedah, berkata Latheefa sendiri tidak boleh sesuka hati melepaskan jawatan walaupun didesak pelbagai pihak termasuk daripada parti komponen Pakatan Harapan. 

Loading…
(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Tuan punya badan (Latheefa) tidak boleh berundur kerana lantikan beliau adalah daripada Perdana Menteri dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong. Mana boleh senang-senang dah lantik dia terus suruh berundur,” katanya ketika ditemui pemberita pada Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Bersatu Bahagian Arau di kediaman bekas Menteri Besar Perlis, Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh di sini, semalam.

Menegaskan pelantikan itu seharusnya tidak dipertikaikan oleh mana-mana pihak, Mukhriz berkata: “Tun Dr Mahathir dah kata semalam muktamad. Kita harus menghormati keputusan Perdana Menteri. Lantikan Latheefa itu tidak harus dipersoal dan kita perlu beri peluang kepada dia untuk menjalankan tugas yang sangat berat.

Advertisement

“Beliau (Mahathir) sentiasa mendengar daripada semua pihak. Keputusan telah dibuat. Saya kira ia bukan satu jawatan yang mudah. Beliau melihat Latheefa lebih layak memegang jawatan itu,” kata Mukhriz.

Pelantikan Latheefa sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu untuk tempoh kontrak dua tahun berkuat kuasa 1 Jun lepas diumumkan Pejabat Perdana Menteri pada 4 Jun, mendapat pelbagai reaksi daripada banyak pihak.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Latheefa menggantikan Datuk Seri Mohd Shukri Abdull, yang memohon untuk memendekkan perkhidmatan kontraknya lebih awal, sebelum ia tamat pada 17 Mei 2020. — Bernama

Advertisement
Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

4 hours ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

2 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

2 days ago

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

4 days ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

5 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

6 days ago