Categories: Terkini

Rangka manusia ditemui dipercayai milik Orang Asli suku Batek

GUA MUSANG – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menemukan rangka manusia dipercayai milik seorang Orang Asli suku Batek yang dikatakan meninggal dunia akibat ‘penyakit misteri’ kira-kira tujuh kilometer dari Ladang Aring 10 di sini pada 4.30 petang tadi(semalam)

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, rangka manusia itu ditemukan bertaburan atas tanah dan sebahagiannya lagi berada di atas pokok.

Loading…
(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Buat masa ini, polis tidak membawa keluar rangka itu sebaliknya, kawasan itu akan ditandakan sebagai lokasi pertama penemuan,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad sebelum ini dilapor berkata, kementeriannya bersama agensi lain akan cuba mengenal pasti lokasi 12 mayat Orang Asli yang dikatakan dikebumikan selepas mati akibat penyakit yang tidak dapat dipastikan untuk menjalankan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian mereka.

Advertisement

Hasanuddin berkata, operasi mengesan lokasi kubur dan persemadian itu, membabitkan lebih 30 anggota polis dari Pasukan Gerakan Am (PGA) dengan bantuan Orang Asli di situ, ditamatkan pada pukul 5.30 petang tadi dan akan disambung pagi esok.

Hasanuddin berkata, tiga kumpulan digerakkan dalam operasi berkenaan yang turut dibantu Unit Forensik, Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) dan beberapa agensi lain.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Bagi proses membawa rangka manusia itu akan diputuskan Unit Forensik kerana fokus utama sekarang untuk mengesan lokasi kubur yang lain,” katanya. – Bernama

Advertisement
Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

10 hours ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

1 day ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

2 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

2 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

2 days ago

Walaupun si suami pernah berkahwin 28 kali, isteri tua tetap setia disisi

JAKARTA -Isteri seorang ahli perniagaan di Indonesia membenarkan suaminya berkahwin lain selepas lelaki itu pernah… Read More

3 days ago