Categories: Terkini

SKMM beri amaran , ambil tidakan tegas pihak sebar kandungan lucah di internet

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memberi amaran kepada semua pihak supaya tidak memuat naik, menyebar ataupun berkongsi kandungan berunsur lucah di internet.

Suruhanjaya itu dalam kenyataannya berkata perkara berkenaan selari dengan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan pihak yang didapati melanggar undang-undang ini boleh dikenakan penjara selama setahun, denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Loading…

“Pihak MCMC akan menyiasat kes-kes penyebaran kandungan berunsur jelik dan lucah serta akan menyekat laman-laman sesawang yang didapati menyebarkan kandungan berkenaan,” katanya.

Kenyataan itu berkata, kerjasama dengan pihak pengendali platform seperti Facebook turut diambil untuk memastikan kandungan lucah tersebut tidak tular.

Advertisement

Suruhanjaya itu juga akan terus mengambil langkah-langkah sewajarnya dalam memantau penyebaran kandungan yang menyalahi peruntukan undang-undang negara.

“Pihak MCMC tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas dan membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan,” katanya. – Bernama

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

19 hours ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

2 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

2 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

3 days ago

Walaupun si suami pernah berkahwin 28 kali, isteri tua tetap setia disisi

JAKARTA -Isteri seorang ahli perniagaan di Indonesia membenarkan suaminya berkahwin lain selepas lelaki itu pernah… Read More

3 days ago