Categories: Terkini

Azmin desak pucuk pimpinan PKR siasat dalang sebar video seks

KUALA LUMPUR — Lembaga Disiplin PKR perlu menyiasat dalang di sebalik penyebaran video seks yang dikaitkan dengan anggota parti itu baru-baru ini.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata jika parti mahu terus kekal relevan dan diterima rakyat, kepimpinan PKR perlu berani melakukan sesuatu berhubung perkara itu.

Loading…

“Saya telah melakukan peranan saya saya telah membuat laporan polis…biar pihak berkuasa menjalankan siasatan secara bebas tanpa sebarang campur tangan atau kenyataan politik daripada mana-mana pihak kerana saya mahu mempastikan proses ini berjalan secara profesional dan telus,” katanya.

Mohamed Azmin ketika hadir rumah terbuka di Gombak hari ini. – Foto oleh kosmo!

Mohamed Azmin, yang dikaitkan dengan rakaman video berkenaan, berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Aidilfitri kawasan Gombak Setia di sini hari ini.

Ketika ditanya tindakan beberapa pemimpin PKR yang dilihat memberi sokongan terhadap Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz yang turut dikaitkan dengan video itu, Mohamed Azmin berkata pimpinan PKR perlu melihat perkara berkenaan.

Advertisement

“Saya serahkan kepada anda untuk membuat keputusan dan mentafsirkan tetapi sudah pasti ini adalah sesuatu yang membimbangkan dan kepimpinan mesti mengambil keputusan yang berani untuk menyiasat,” kata Timbalan Presiden PKR.

Mohamed Azmin berkata beliau turut dimaklumkan bahawa penyebaran video seks itu tidak berlaku menerusi platform media sosial seperti Facebook dan Instagram bagi mengelak identiti pelaku dan alamat protokol internet dikesan.

Beliau berkata sebaliknya ia disebar menerusi kumpulan WhatsApp yang mempunyai nombor-nombor ketua cabang dan juga pemimpin peringkat bawahan PKR.

Mohamed Azmin berkata beliau sendiri tidak mempunyai nombor telefon mereka yang berada di dalam kumpulan WhatsApp berkenaan.

Mengulas pemerhatian sesetengah pihak bahawa video itu disebarkan tidak lama selepas Latheefa Koya dilantik mengetuai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Anggota Parlimen Gombak itu berkata itu hanyalah persepsi.

Advertisement

Ditanya sama ada beliau telah dihubungi pihak polis bagi memberi keterangan, Mohamed Azmin memberi jaminan beliau bersedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dalam siasatan kes itu.

“Pejabat saya memaklumkan bahawa mereka ada menghubungi saya tetapi saya hendak ke Pulau Pinang hari ini, tetapi saya sudah tentu boleh ditemui esok atau pada bila-bila masa yang sesuai untuk pihak berkuasa.” katanya.

Baca: ‘Jika saya musuh Azmin yang merencana insiden tidak bermaruah itu, saya tidak akan senang duduk kerana saya tahu beliau akan kembali dengan lebih kuat’

Beliau turut bersyukur dengan sokongan keluarganya dalam menghadapi kes penularan video lucah itu. — Bernama

Baca: ‘Lelaki dalam klip video seks itu bukan anak saya’ – Abdul Aziz

Advertisement

Baca: Azmin serahkan siasatan sepenuhnya pada pihak polis

Baca: Haziq ditahan di KLIA

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

2 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

5 days ago