Categories: Terkini

M’sia belum terima permohonan ekstradisi Zakir Naik – TPM

Kerajaan Malaysia belum menerima sebarang permohonan daripada kerajaan India untuk menghantar pulang pendakwah terkenal Dr Zakir Naik ke negara berkenaan.

Justeru, Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata tiada keperluan untuk kerajaan Malaysia berbuat demikian.

Loading…

“Saya memang tanya juga (kepada perdana menteri) tapi setakat sekarang, pihak kerajaan Malaysia tidak menerima apa-apa permohonan daripada India untuk ekstradisi Dr Zakir Naik,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pandan di Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata Malaysia tidak akan tunduk kepada desakan mana-mana pihak supaya Zakir dihantar pulang ke India.

Advertisement

Dr Mahathir menegaskan Malaysia mempunyai hak sama ada mahu menghantar pulang atau tidak pendakwah terkenal itu ke negara asalnya selepas kerajaan India dilihat begitu terdesak untuk menahan Zakir atas tuduhan pengubahan wang haram di India.

Dalam ucapannya pula, Dr Wan Azizah berkata kerajaan akan berusaha menyelesaikan isu di penempatan Orang Asli Kuala Koh, Gua Musang, yang kini berdepan kes kematian akibat jangkitan kuman di paru-paru.

Beliau berkata ia termasuklah melihat kepada masalah infrastruktur dan pendidikan.

“Kita mesti tangani masalah infrastruktur, pentingnya untuk memberikan keperluan asas kepada mereka, masalah kesihatan juga harus diambil kira, begitu juga masalah punca sumber air dan kebersihan persekitaran,” katanya.

Rabu lepas, polis mengisytiharkan Perkampungan Orang Asli suku Batek di Kuala Koh, Gua Musang sebagai zon merah susulan kematian 14 penduduk di kampung itu akibat jangkitan kuman di paru-paru. – Bernama

Advertisement

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

11 hours ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

3 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

3 days ago

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

6 days ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

7 days ago