Categories: Berita Lain

‘Saya simpati dengan keluarga Azmin’ – Wan Azizah

Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan rasa simpati terhadap keluarga Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali yang terpalit dengan kontroversi video lucah.

Katanya, beliau menolak sebarang amalan ‘gutter politics’ (politik kotor) kerana beliau telah melalui pengalaman tersebut.

Loading…

“Saya menolak ‘gutter politics’ ini sebab saya dah laluinya (dan) saya bersimpati dengan keluarga Azmin,” katanya ketika mengulas pengakuan Ketua Pemuda PKR Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz sebagai lelaki dalam video seks yang dikaitkan dengan menteri berkenaan.

Beliau menegaskan politik kotor tidak sepatutnya berlaku dan sebalik semua pihak perlu memberi tumpuan untuk membangunkan negara.

Advertisement

“Kita rakyat Malaysia kena fikirkan lebih mengenai semua kerana kita nak bangunkan negara kita,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran suaminya, yang juga anggota parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Port Dickson, semalam.

Sementara itu, Anwar ketika ditanya mengenai kononnya video berkenaan dicipta olehnya dan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli bertujuan untuk memecah belahkan parti, presiden PKR itu berkata ia merupakan satu fitnah.

“Apa alasan untuk kita buat ? Ada yang kata sebab ancaman, ancaman apa?” katanya. – Bernama

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

1 day ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

2 days ago

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

4 days ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

5 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

6 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

6 days ago