Categories: Mahkamah

Beri laluan pada kes SRC , peguam negara mohon tangguh bicara kes 1MDB

KUALA LUMPUR – Pihak pendakwaan hari ini memohon satu lagi penangguhan perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dihadapi oleh Datuk Seri Najib Tun Razak yang ditetapkan sebelum ini oleh Mahkamah Tinggi.

Peguam Negara, Tommy Thomas, memaklumkan kepada Hakim Mahkamah Tinggi, Colin Lawrence Sequerah bahawa perbicaraan kes Najib membabitkan SRC International Sdn Bhd yang berlangsung ketika ini tidak dapat diselesaikan sebelum 15 Ogos ini.

Loading…

Sebelum ini Sequerah menetapkan perbicaraan kes 1MDB pada 19 dan 29 Ogos ini, sepanjang bulan September dan Oktober kecuali hari Jumaat dan dua minggu pertama November ini.

Ini adalah kali ketiga pihak pendakwaan memohon penangguhan bagi memberi laluan untuk kes SRC diselesaikan terlebih dahulu.

Advertisement

“Tidak ada jalan untuk perbicaraan SRC dapat diselesaikan sebelum 15 Ogos…kami sudah memanggil 42 saksi untuk beri keterangan dan menjangka 25 lagi saksi akan dipanggil selepas ini. Oleh itu, kami ingin memohon bulan Ogos dan September dilapangkan bagi kes 1MDB. “Perbicaraan SRC, menjadi keutamaan, perlu selesai sebelum perbicaraan kedua (1MDB). Jika boleh, kami mencadangkan perbicaraan 1MDB bermula 1 Oktober ini supaya ia akan memberikan anda lebih banyak masa untuk menjadualkan semula kes-kes lain,” kata Thomas.

Hakim Sequerah bertanya sama ada pendakwaan dalam kes SRC dan 1MDB membabitkan pasukan yang sama dan Thomas menjawab bahawa ia adalah kumpulan berbeza tetapi pihak pembelaan adalah sama.

“Tertuduh tidak boleh dijangka berada di dua mahkamah berasingan pada masa yang sama,” kata Thomas sambil menambah pihak pembelaan turut bersetuju dengan permohonan pendakwaan untuk perbicaraan kes 1MDB dilapangkan kepada tarikh yang lain.

Sequerah kemudian menetapkan 15 Julai ini untuk pengurusan kes untuk pihak-pihak berkenaan mengemaskini status perbicaraan kes SRC sebelum memutuskan perkara itu.

Najib menghadapi empat tuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan 21 tuduhan pengubahan wang wang membabitkan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion.

Advertisement

Ahli Parlimen berusia 66 tahun itu didakwa melakukan kesalahan itu di Amislamic Bank Bhd, caswangan Jalan Raja Chulan, di sini, antara 2011 dan 2014.

Bekas perdana itu itu turut menghadapi tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC berjumlah RM42 juta. – Bernama

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

20 hours ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

3 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

3 days ago

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

5 days ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

6 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

7 days ago